Thursday 29 January 2015

Anatomi Manusia

PENGENALAN
Maksud Anatomi Manusia
Anatomi ialah kajian terhadap struktur-struktur tubuh badan dan perkaitan antara setiap struktur tersebut. Anatomi juga dikenali sebagai morfologi atau sains bentuk. Anatomi berasal daripada perkataan Yunani iaitu ‘ana’ yang bermaksud asingkan dan ‘tome’ yang bermaksud memotong
         Anatomi berkait rapat dengan fisiologi iaitu displin yang mengkaji fungsi struktur tubuh. Sebagai contoh, tulang – tulang kaki yang tebal dan panjang seperti femur, tibia dan fibula dapat menyokong berat badan kita. Namun, sekiranya tulang itu lembut dan nipis, keupayaan tulang untuk menyokong berat badan berkurangan.
         Dalam badan manusia, tulang, sendi dan otot mempunyai peranan dan fungsi masing-masing. Tulang berperanan untuk menyokong berat badan kita, melindung organ-organ lembut di dalam tubuh seperti otat, saraf tunjang (spina korda) , jantung dan paru-paru. Selain itu, tulang dalam badan manusia juga berfungsi untuk member bentuk dan mengekalkan bentuk badan,serta mnghasilkan sel-sel darah merah dan sel darah putih dan platlet di dalam sum-sum merah tulang.
         Bagi sendi pula, ia berfungsi untuk menyediakan tempat untuk perlekatan otot – otot rangka serta sebagai tuas untuk pergerakan badan.
         Akhir sekali ialah otot. Otot dalam badan manusia berfungsi untuk mengekalkan postur badan, menghasilkan haba melalui aktiviti sel di dalam otot, menstabilkan sendi serta mengartikulasikan antara otot dengan tulang.

KEDUDUKAN ANATOMI
Ini merujuk kepada tubuh manusia di mana tubuh berada dalam keadaan berdiri tegak, kepala, mata dan jari kaki menghadap ke hadapan. Manakala anggota atas terletak di sisi tubuh dengan tapak tangan menghadap ke hadapan.

Tubuh berdiri tegak
Kaki menghala ke hadapan dan rapat
Tapak tangan ke hadapan
Lengan di sisi tubuh
Mata melihat ke depan

POSISI ANATOMI RUJUKAN
Anterior (ventral) – menuju ke arah depan jasad
Posterior – menuju ke arah belakang jasad
Superior – bahagian yang berada di atas bahagian lain / menuju ke arah kepala
Inferior – berada di bawah bahagian lain / menuju ke arah kaki
Lateral (paksi) – berada di bahagian jauh dari garisan tengah / berada pada bahagian tepi jasad
Medial – bahagian hampir dengan garisan tengah jasad
Proksimal – bahagian yang lebih dekat dengan batang tubuh
Distal – bahagian yang menjauhi batang tubuh


JENIS-JENIS PERGERAKAN MANUSIA
Badan mempunyai pelbagai pergerakan yang ada dan ia bergantung kepada sendi di mana pergerakan itu berlaku. Pergerakan berlaku apabila otot kontrak dengan sendi dan ia juga bergantung kepada pergerakan sendi dan lokasi otot yang berkaitan dengan sendi. Pelbagai jenis pergerakan mempunyai terma yang khusus dan sering berpasangan untuk menggambarkan pergerakan yang bertentangan.
1.    Satah sagittal
a.    Fleksi – berlaku apabila sudut sendi dikurangkan. Ia berlaku pada sendi engsel (hinge joint) dan sendi bola dan soket (ball-and-socket joint).

b.    Ektensi – berlaku apabila sudut bertambah sepanjang satah yang sama. Meluruskan kaki adalah ektensi.

c.    Hyperektensi – berlaku apabila sambungan adalah di luar 180°. Leher dikatakan hyperektensi apabila dagu condong ke arah ke siling. Sesetengah orang dengan ligament fleksibel dan tendon yang boleh hyperektensi siku dan lutut, yang boleh menyebabkan kecederaan dalam sendi.

d.    Fleksi – dorsi – apabila sudut sendi buku lali dan kaki dikurangkan dengan kaki menuju ke atas. Contoh bagi pergerakan ini adalah berdiri di atas tumit.
e.    Fleksi – plantar – apabila sudut sendi buku lali dan kaki bertambah dengan kaki menuju ke bawah. Contoh pergerakan ini adalah berdiri di atas jari kaki.

Fleksi – dorsi
Fleksi – plantar

2.    Satah Frontal
a.    Abduksi – pergerakan anggota badan dari satah median badan. Ini berlaku seseorang melompat dengan kaki dan tangan berjauhan seperti lompat bintang.
b.    Adduksi – pergerakan berlawanan kepada abduksi iaitu mengembalikan keadaan anggota badan kepada satah median badan.

c.    Gelongsor – Adalah pergerakan dalam apa-apa arah dua permukaan gelongsor antara satu sama yang lain. Pergerakan minimum berlaku pada tulang tunnel (carpal bones) di tangan, tulang tarsal pada kaki (tarsal bones) dan antara tulang selangka (clavicle) dan tulang dada (sternum).
d.    Eversi dan inversi – Eversi adalah pergerakan menghala tapak kaki ke arah sisi (lateral) tubuh dan inversi adalah pergerakan menghala tapak kaki ke arah medial tubuh.

Inversi
Eversi

e.    Depresi dan elevasi – Depresi adalah pergerakan seperti membuka mulut dan elevasi adalah pergerakan bertentangan seperti menutup mulut.



3.    Satah Transverse
a.    Rotasi – Pergerakan tulang di sekeliling paksi tulang. Putaran sisi (lateral) berlaku apabila aspek anterior berputar keluar dan putaran tengah (medial) berlaku apabila ia berputar ke dalam. Pusing kepala untuk melihat ke sebelah adalah putaran sisi dan pusing kembali ke pusat adalah putaran tengah. Pergerakan ini berlaku di semua sendi bola dan soket (ball-and-soket joint)

b.    Pronasi dan supinasi – berlaku pada siku untuk memutar pergelangan tangan. Pronasi adalah memusing tapak tangan ke belakang daripada kedudukan anatomi (radius rotate over ulna) dan memusing tapak tangan ke hadapan adalah supinasi (radius and ulna parallel).

c.    Protraksi dan retraksi – Protraksi adalah gerakan anterior dalam satah transverse. Mengigit atas bibir dengan gigi bahagian bawah adalah protaksi rahang (rahang ke depan) dan rahang kembali ke kedudukan asal adalah retraksi (rahang ke belakang)

DISKRIPSI SATAH-SATAH ANATOMI YANG WUJUD
Kajian mengenai tubuh juga dilakukan berdasarkan kepada satah iaitu permukaan rata bayangan yang melintasi bahagian tubuh manusia. Terdapat tiga satah utama yang digunakan sebagai rujukan iaitu :-
1.    Satah sagittal
Ø  Membahagikan jasad kepada kiri dan kanan. Satah sagittal berada di tengah-tengah kepala, batang tubuh dan di antara kaki dan kaki.
Ø  Pergerakan yang berlaku di sagittal ialah :-
·         Fleksi – membengkok bahagian sendi atau mengecilkan sudut
·         Ektensi – dari bengkok ke lurus atau tangan ektensi ke belakang
·         Hyperektensi – bengkokkan badan ke belakang
·         Fleksi – dorsi – kaki menuju ke atas
·         Fleksi – plantar – kaki menuju ke bawah 
2.    Satah frontal
Ø  Membahagikan jasad hadapan dan belakang iaitu anterior dan posterior. Apabila badan dibahagikan dengan satah frontal, muka dipisahkan dari belakang kepala, dada dari belakang dan tapak tangan dari belakang tangan.
·         Abduksi – pergerakan tulang menjauhi garisan tengah tubuh (paksi membujur).
·         adduksi – pergerakan tulang ke arah garisan tengah tubuh (paksi membujur).
·         Gelongsor – dua tulang pipih di atas satu sama lain ke arah sisi
·         Eversi - Pergerakan yang menghalakan tapak kaki ke arah lateral tubuh.
·         Inversi – Pergerakan yang menghalakan tapak kaki ke arah medial tubuh.
·         Elevasi – Pergerakan membuka mulut
·         Depresi –  Pergerakan menutup mulut
3.    Satah transverse
Ø  Membahagikan jasad kepada bahagian atas dan bawah. Garisan satah melintang atau mendatar dalam keadaan lurus dengan paksi badan.

·         Rotasi - Pergerakan putaran melibatkan tulang berputar pada paksi membujur tulang itu sendiri. Pergerakan ini dilakukan secara relatif kepada garisan tengah tubuh. Putaran dilakukan ke arah kanan atau kiri dan secara medial dan lateral. Putaran medial melibatkan permukaan permukaan anterior tulang dipusingkan ke arah garisan tengah tubuh. Putaran lateral pula memusingkan permukaan anterior tulang menjauhi garisan tengah tubuh.
·         Pronasi – Pergerakan bahagian bawah lengan yang menyebabkan tapak tangan menghala ke bawah.
·         Supinasi – Pergerakan bahagian lengan bawah yang menyebabkan tapak tangan menghala ke atas.
·         Protraksi – Pergerakan ke arah hadapan bahagian tertentu tubuh
·         Retraksi – Pergerakan untuk mengembalikan bahagian tertentu tubuh yang telah diprotraksikan ke kedudukan anatomi.



No comments:

Post a Comment