Wednesday 28 January 2015

Bola Jaring

PENGENALAN
Permainan bola jaring merupakan salah satu permainan yang dianggap popular di kalangan kaum wanita di Malaysia. Bola jaring menjadi permainan pilihan bagi pelajar perempuan di sekolah-sekolah rendah, menengah, maktab dan institut pengajian tinggi. Undang-undang permainan ini boleh diubah mengikut kesesuaian kebolehan pemain dan bilangan pemain dalam setiap pasukan. Permainan bola jaring dipercayai berasal daripada permainan bola keranjang yang dipelopori oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts, Amerika Syarikat pada tahun 1891.
          Permainan bola jaring mula diperkenalkan di Malaysia pada awal tahun 1990. Ia bermula di sekolah-sekolah Inggeris (English Medium School) dan diperkenalkan oleh guru-guru dagang dan mubaligh-mubaligh. Kini, permainan bola jaring telah popular dan menjadi permainan kaum wanita di Malaysia.
           Bola jaring juga merupakan permainan yang dimainkan oleh dua pasukan. Permainan ini melibatkan kemahiran asas seperti menghantar dan menerima bola, pergerakan, mengelak, menghadang dan menjaring.











SEJARAH BOLA JARING
a.    Asal usul Bola Jaring
Bola jaring (netball ) adalah satu permainan yang direka oleh dan diubahsuai daripada permainan bola keranjang. Ia mula diperkenalkan di Amerika Syarikat pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith. Pada tahun 1895, Dr. Isles dari Amerika Syarikat melawat sebuah maktab pendidikan jasmani iaitu Madame Bergman Osterberg’s Physical Training College di Hampstead, London dan telah mengajar permainan bola jaring di sana. Di Hampstead, permainan ini dimainkan di gimnasium dengan menggunakan dua buah bakul sampah yang digantung di hujung dinding sebagai gol dan dinding gimnasium sebagai garisan. Justeru, bola tidak keluar dari kawasan permainan.

Permainan ini dipanggil basketball  kerana asal gelang gol (goal rings) ialah bakul. Ini bermakna pengadil dikehendaki memanjat tangga untuk mendapatkan bola balik selepas setiap jaringan. Pada masa tersebut, terdapat tiga set paraturan di Amerika Syarikat iaitu:
      i.        Peraturan-peraturan rasmi untuk pemain-pemain lelaki.
     ii.        Peraturan-peraturan Inter-Collegiate (juga digunakan oleh pemain lelaki).
     iii.        Peraturan-peraturan Splading untuk pemain-pemain wanita.

Beberapa perubahan dibuat pada tahun 1898 untuk permainan basketball  dan ini mewujudkan perubahan dalam asal usul permainan netball. Antara perubahan yang dilakukan ialah:
a)    Bilangan pemain ditambah menjadi sembilan orang.
b)    Saiz bola dikecilkan kepada saiz bola sepak.
c)    Gelanggang dibahagikan kepada tiga kawasan.
d)    Gelang-gelang gol dikecilkan daripada 4.5 cm kepada 3.75 cm.
e)    Tiang gol ditinggikan kepada 3 meter.
f)     Skor:
                  i.        Satu mata jika gol dijaringkan daripada gelanggang atau kawasan tengah.
                 ii.        Dua mata jika jaringan dilakukan daripada kawasan tengah.

Pada tahun 1901, sebuah buku rasmi peraturan bola jaring diterbitkan di England. Peraturan tersebut dibuat bertujuan untuk membezakan permainan ini dengan bole keranjang. Pengiraan skor dilakukan setiap kali bola dimasukkan ke dalam jaring. Permainan ini secara rasmi dinamakan bola jaring apabila gol yang berbentuk gelung besi ditukar kepada jaring. Terdapat banyak Negara seperti Australia, New Zealand, India dan Fiji mengekalkan nama basketball dan tidak menukarkan namanya sehingga selepas beberapa tahun.
           
Di peringkat antarabangasa, sukan bola jaring dikawal oleh Persekutuan Antarabangsa Persatuan Bola Jaring (International Federation of Netball Associations) yang ditubuhkan pada tahun 1960 di Sri Lanka. Pada tahun 1963, Kejohanan Bola Jaring Dunia telah dilangsungkan di England dengan pasukan dari Australia telah muncul sebagai johan. Walaupun permainan bola jaring mempunyai ramai peminatnya, terutamanya di negara Komanwel, ia belum lagi diterima sebagai satu sukan dalam Sukan Olimpik, Sukan Asea dan Sukan SEA. Di Malaysia, Persatuan Bola Jaring Malaysia yang ditubuhkan pada 1978 adalah majlis yang mengawal dan mengawasi perjalanan kegiatan bola jaring di seluruh negara. Di peringkat sekolah, Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) melalui program pertandingan dan perkembangannya telah memajukan permainan bola jaring dalam kalangan pelajar sekolah. 












b.    Perkembangan Bola Jaring
i.             Peringkat Dunia

Pada tahun 1897, bola jaring dimainkan atas padang rumput di seluruh United Kingdom. Setelah permainan bertmabah canggih, kawasan atau zon permainan baru yang menggambarkan gelanggang terbahagi kepada tiga kawasan diperkenalkan.

Perang dunia pertama mengganggu pembangunan bola jaring di England tetapi dalam tahun 1926, satu mesyuarat rasmi pertama di London telah menghasilkan penubuhan Persatuan Bola Jaring seluruh England (AENA).

Dalam tahun 1957, di suatu mesyuarat yang diadakan di London, persetujuan mengenai penggunaan undang-undang telah dipersetuju bersama oleh England, Australia, New Zealand, Afrika Selatan, Ceylon dan Indies Barat. Perlembagaan dan etika undang-undang permainan antarabangsa telah dipersetujui bersama semasa mesyuarat.

Setelah badan dunia kukuh, kejohanan dunia telah diadakan. Kejohanan dunia telah dianjurkan oleh Persekutuan Persatuan Bola Jaring Antarabangsa (FINA) adalah seperti berikut :

KEJOHANAN
TAHUN
TUAN RUMAH
JOHAN
Pertama
1963
England
Australia
Kedua
1967
Australia
New Zealand
Ketiga
1971
Jamaica
Australia
Keempat
1975
New Zealand
Australia
Kelima
1979
Trinidad Tobago
Australia, New Zealand, Trinidad Tabago
Keenam
1983
Singapura
Australia
Ketujuh
1987
Scotland
New Zealand
Kelapan
1991
Australia
Australia
Kesembilan
1995
England
Australia
Kesepuluh
1999
New Zealand
Australia

Di Mesyuarat Majlis IFNA yang diadakan bersempena dengan kejohanan Bola Jaring Dunia kedua, telah dipersetujui bahawa warna bagi Persekutuan ialah putih dan hitam. Sehelai bendera yang dicipta oleh Cik Rana Stratford telah diserahkan kepada Persekutuan oleh Persatuan Seluruh Australia.

Pada tahun 1988 FINA telah melancarkan satu lagi program pembangunannya dengan mengadakan Kejohanan Bola Jaring bagi atlit remaja. Kejohanan Atlit Remaja yang telah diadakan setakat ini adalah seperti berikut :

KEJOHANAN
TAHUN
TUAN RUMAH
JOHAN
Pertama
1988
Australia
Australia
Kedua
1992
Fiji
New Zealand
Ketiga
1996
Kanada
Australia
Keempat
2000
Wales
Australia

Dalam tahun 1990 semasa Sukan Komenwel ke 14 diadakan di Auckland, New Zealand, Sukan Bola Jaring telah dimasukkan sebagai salah satu sukan demotrasi. Bertitik tolak dari perlawanan itulah maka sukan bola jaring menjadi salah satu sukan berpasukan yang dipertandingkan di Sukan Komenwel ke XVI di Kuala Lumpur. Ianya tidak berhenti di sini kerana sukan bola jaring akan dipertandingkan di Sukan Komenwel ke XVII di Manchester dalam tahun 2002. Pada tahun 1995 jawatankuasa Olimpik antarabangsa telah mengikhtiraf Sukan Bola Jaring. Ini merupakan langkah pertama hasrat FINA untuk merealisasikan kemasukan Sukan Bola Jaring dalam Sukan Olimpik.

ii.           Peringkat Asia
Pada tahun 1983, semasa Kejohanan Bola Jaring Dunia ke-6 diadakan di Singapura, beberapa perwakilan dari Asia telah mengadakan perbincangan bagi menubuhkan Persatuan Bola Jaring Asia. Akhirnya, Persekutuan Persatuan Bola Jaring Asia telah Berjaya ditubuhkan pada tahun 1985 di Kuala Lumpur bersempena dengan Kejohanan Bola Jaring Asia Pertama. Pada ketika itu, ahli gabungan badan ini terdiri daripada lima buah Negara iaitu Malaysia, Singapura, Sri Lanka, India dan Hong Kong.

Menganjurkan kejohanan dalam kalangan ahli gabungan merupakan program berterusan. Kejohanan yang dianjurkan oleh Persekutuan Persatuan Bola Jaring Asia adalah empat tahun sekali. Kejohanan Bola Jaring Asia yang telah dianjurkan adalah seperti berikut :

KEJOHANAN
TAHUN
TUAN RUMAH
JOHAN
Pertama
1985
Malaysia
Malaysia
Kedua
1989
India
Sri Lanka
Ketiga
1993
Hongkong
Hong Kong
Keempat
1997
Singapura
Sri Lanka

Persekutuan Persatuan Bola Jaring Asia menambahkan aktivitinya dengan mengadakan Kejohanan bagi Atlit Remaja bermula pada tahun 1994, di Hong Kong. Juaranya ialah Singapura. Kejohanan kali kedua diadakan di India dalam tahun 1998 dan dimenangi oleh Sri Lanka.
Selain dari mengadakan kejohanan, PPBJ Asia juga memberi penekanan kepada pembangunan jurulatih dan pengadil. Keahlian AFNA telah bertambah dan kini tiga lagi Negara iaitu Australia, Pakistan dan Maldives telah menyertai AFNA. Usaha sedang giat dijalankan bagi menggalakkan lebih ramai lagi Negara-negara di Asia menyertai AFNA.

iii.          Malaysia
Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) telah ditubuhkan pada 21 Mac 1978 di bawah baungan Almarhumah ke bawah DYMM Tengku Ampuan Pahang. Sehingga tahun 1990 bila Persatuan Bola Jaring Negeri Sabah diterima menjadi Ahli Gabungan menjadikannya Ahli Gabungan negeri yang terakhir ditubuhkan. PBJM mempunyai 16 ahli gabungan yang terdiri daripada 13 Ahli Gabungan dari negeri-negeri dan 3 Ahli Gabungan dari bukan negeri iaitu Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Lembaga Letrik Negara. Pada tahun 1990 juga Lembaga Letrik Negara menjadi Tenaga Nasional Berhad. Kini PBJM mempunyai 17 Ahli Gabungan iaitu terdiri daripada semua 14 buah negeri di seluruh Malaysia dan 3 Ahli Gabungan bukan negeri.

PBJM telah bergabung dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sejak tahun 1980 dan dengan Persekutuan Persatuan Bola Jaring Antarabangsa (IFNA) bermula dari tahun 1982. Apabila Persekutuan Persatuan Bola Jaring Asia ditubuhkan dalam tahun 1985, Malaysia menjadi salah satu pengasas.

Salah satu daripada aktiviti utama PBJM ialah menganjurkan kejohanan bola jaring di peringkat kebangsaan. Dua kejohanan tahunan yang diadakan di peringkat kebangsaan ialah Kejohanan Bola Jaring Kebangsaan dan Kejohanan Bola Jaring Bwah 21 Tahun. Kejohanan Bola Jaring Kebangsaan (KBJK) telah diadakan sejak tahun 1979. Ia terbuka kepada semua Ahli Gabungan. Sehingga ini, KBJK telah diadakan sebanyak 21 kali. Kejohanan Bola Jaring Bawah 21 Tahun bermula pada tahun 1984 dan sehingga kini 16 kali kejohanan telah diadakan. Kejohanan Bola Jaring Antara Kelab-Kelab di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan di bawah tajaan syarikat Colgate Palmolive Sdn Bhd diadakan pada tahun 1981 – 1985. Kejohanan di peringkat kebangsaan merupakan medan bagi pemilihan pemain kebangsaan. Pada tahun 1995, buat pertama kalinya diadakan Liga Kebangsaan. Pasukan yang layak mengambil bahagian adalah pasukan yang Berjaya hingga ke suku akhir d KBJK.

PBJM mula melibatkan diri di peringkat antarabangsa pada tahun 1983 apabila diterima menyertai Kejohanan Bola Jaring sedunia ke 6 di Singapura. Malaysia turut menyertai Kejohanan Bola Jaring sedunia ke 7 di Glasgow pada tahun 1987, Kejohanan Bola Jaring ke 8 di Sydney, Australia pada tahun 1991 dan Kejohanan Bola Jaring Sedunia ke 9 di Birmingham, United Kingdom. Walaupun pasukan Malaysia tidak menyerlah tetapi peluang menyertai kejohanan di peringkat antarabangsa sedikit sebanyak telah memberi kesan ke arah peningkatan bola jaring di Malaysia. Pasukan remaja juga pernah bertanding di Kejohanan Bola Jaring Remaja Dunia pada tahun 1988 di Canberra, Australia.

Malaysia pernah mengelolakan kejohanan di peringkat antarabangsa apabila Kejohanan Bola Jaring Asia yang pertama diadakan pada tahun 1985 di Kuala Lumpur. Pada tahun 1990, pasukan Malaysia telah mengambil bahagian di Kejohanan Bola Jaring Asia ke 2 di New Delhi, India dan Kejohanan Bola Jaring Remaja Asia yang pertama telah diadakan di Hong Kong dalam tahun 1993. Pada tahun 1994, Kejohanan Bola Jaring Remaja Asia yang pertama telah diadakan di Hong Kong dan Malaysia turut serta.

Pembangunan dan perkembangan permainan bola jaring bertambah meluas dan meningkatkan apabila permainan ini dimasukkan sebagai salah satu acara bagi Sukan Komenwel 1998. Selaku tuan rumah bgi temasya sukan yang berprestij ini, PBJM telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan pasukan serta mengelolakan pertandingan. Ini merupakan satu penghormatan dan cabaran kepada Malaysia khasnya PBJM yang telah menyambut ulang tahunnya yang ke 20 oada tahun 1998.

PBJM menyediakan program pembangunan untuk Pegawai Teknikal, Jurulatih dan Pengadil menerusi seminar, khusus, bengkel dan klinik yang diadakan secara berkala-kala tiap-tiap tahun. PBJM juga terlibat secara langsung dengan pengelolaan kejohanan di peringkat kebangsaan seperti SUKMA, Sukan Hari Kebangsaan serta khidmat bantuan kepada PBJM atau agensi yang memerlukan khidmat Pegawai Teknikal, Jurulatih dan Pengadil.











PERALATAN
Ada beberapa peralatan yang diperlukan dalam sukan bola jaring. Antaranya ialah sebiji bola, gelanggang (tertutup atau terbuka) dan tiang gol.
1.    BOLA
Sukan bola jaring memerlukan bola khas untuk bola jaring. Rupanya seperti bola keranjang. Bola tersebut mempunyai saiz 5, berdiameter 99-102cm dan beratnya 6.35-7.26g. bola ini diperbuat daripada getah atau kulit.
2.    GELANGGANG
Terdapat dua jenis gelanggang bola jaring iaitu gelanggan terbuka dan tertutup. Gelanggang ini merupakan gelanggang berumput di kawasan terbuka atau diperbuat khas dengan menggunakan simen atau parkey untuk gelanggang tertutup.


Gelanggang bola jaring besar sedikit dari gelanggang bola keranjang, sepanjang 30.5m dan selebar 15.25m. Garis panjang dikenali sebagai Garis Sisi dan garis lebar dikenali sebagai Bulatan Gol. Lebar garis gelanggang tidak lebih dari 50mm. gelanggang bola jaring boleh dibahagikan kepada tiga kawasan atau petak yang sama ukuran. Dua buah kawasan merupakan kawasan gol. Kawasan lain ialah centre atau kawasan tengah. Kawasan tengah ini terletaknya bulatan tengah. Di kedua-duanya hujung gelanggang, iaitu di kawasan pertama dan ketiga, terdapat garisan semi-circle atau separuh bulatan yang merupakan bulatan gol.










Tiang gol

Setiap pasukan terdiri daripada 10 orang iaitu 7 orang pemain di gelanggang dan 3 orang sebagai simpanan. Setiap orang pemain mempunyai tugas dan had kawasan yang berlainan antara satu sama lain.

Berikut merupakan senarai tugas 7 orang pemain bola jaring:
1.    Penjaga gol (GK)
2.    Pertahanan gol (GD)
3.    Pertahanan sayap (WD)
4.    Pemain tengah (C)
5.    Penyerang sayap (WA)
6.    Penyerang gol (WD)
7.    Penjaring Gol (GS)




KESIMPULAN
Pada asalnya, bola jaring telah diperkenalkan di tanah Melayu oleh mubaligh-mubaligh Kristian dari England kepada murid-murid Sekolah Rendah Inggeris di negeri-negeri Selat pada zaman pemerintahan British.
Melalui pelbagai program yang disediakan ia bukan sahaja dapat memperkembangkan dan mempertingkatkan permainan bola jaring tetapi juga menyumbang ke arah mengeratkan silaturrahim, perpaduan dan keharmonian di kalangan wanita Malaysia serta penyertaan dan penglibatan lebih ramau wanita di bidang sukan khasnya bola jaring.

1 comment: