Friday 30 January 2015

BOLA KERANJANG

1.   BOLA KERANJANG
a.    Pengenalan
Bola keranjang ialah satu sukan di mana dua pasukan yang setiapnya mempunyai 5 pemain berusaha untuk menjaringkan mata antara satu sama lain melalui sebuah keranjang (atau bakul) berdasarkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Mata diperolehi dengan melontar bola menerusi keranjang dari atas; dan pasukan yang markahnya lebih banyak apabila tamat permainan dikira pemenang. Lontaran lompat yang biasa dari dalam lengkungan bernilai 2 mata, di luar lengkungan bernilai 3 mata.Bola digerakkan di dalam gelanggan dengan melantunkannya (menggelecek) atau menghantarnya kepada rakan sepasukan. Gangguan sentuhan fizikal (faul) tidak dibenarkan dan terdapat sekatan bagaimana bola-bola dikawal (penalti).

b.   Sejarah Dan Perkembangan
Permainan bola keranjang bermula sejak tahun 1892. Permainan ini dicipta oleh Dr. James Naismith yang merupakan seorang jurulatih di sekolah latihan Pertubuhan Belia Pemuda Kristiandan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di Kolej Springfield (dahulu dikenali sebagai sekolah untuk pekerja Kristian). Mss. Luther H. Gulick, ketua bidang sukan sekolah tersebut telah memberi Naismith tugas untuk mencipta satu permainan berpasukan yang boleh dimainkan semasa musim sejuk. Oleh itu, permainan ini harus dimainkan dalam gelanggang sesebuah bangunan.
Untuk permainan baru ini, James Naismith menggunakan bola yang digunakan untuk permainan bola sepak. Ini disebabkan oleh saiz bola tersebut yang cukup besar dan mudah untuk ditangkap. Naismith meminta pegawai penyelenggara bangunan sekolah tersebut untuk menyediakan dua kotak besar sebagai gol. Namun begitu, pegawai tersebut tidak mempunyai dua buah kotak seperti yang diminta oleh Naismith. Oleh itu, Naismith telah menggunakan dua buah bakul untuk permaianan ini. Kedua-dua bakul tersebut dipasang pada balkoni gimnasium kira-kira 10 kaki dari aras tanah. Permainan bola keranjang pertama yang tercatat berlangsung antara pelajar-pelajar Naismith dalam kelas beliau pada Disember 1891. Naismith telah menamakan permaianan ciptaannya, basketball (Bahasa Melayu:Bola Keranjang).
Markah diberikan kepada pemain pasukan yang menjaringkan bola di petak lawan. Pasukan yang memperolehi markah tertinggi akan menjuarai permainan tersebut.
Selepas permainan eksperimen pertama, Naismith telah menyediakan draf peraturan pertama untuk permainan bola keranjang yang mengandungi 13 fasal. Peraturan-peraturan ini diterbitkan dalam surat khabar sekolah, The Triangle pada 15 Januari 1892. Permainan ini mendapat sambutan ramai melalui penerbitan ini. Tidak lama kemudian, bola keranjang mula dimainkan oleh pasukan Pertubuhan Belia Pemuda Kristian, sekolah menengah, kolej, universiti, dan pasukan professional dari Amerika Syarikat dan Kanada.
Permainan rasmi yang pertama pula berlangsung di gimnasium Pertubuhan Belia Pemuda Kristian pada tarikh 20 Januari 1892. Hanya ada 9 orang pemain sahaja yang dibabitkan dalam permainan ini dalam gelanggang bola keranjang yang hanya separuh saiz gelanggang National Basketball Association pada hari ini.

Seperti kebanyakkan permainan, bola keranjang juga adalah satu lagi sukan yang di bawa masuk dari negara luar ke negara kita. Bagaimanapun tidak ada catatan atau rekod kukuh atau nyata untuk membuktikan tarikh kedatangan permainan ini ke sini. Bagaimanapun adalah dipercayai bahawa bola keranjang diperkenalkan ke negara kita pada awal abad ke-20 oleh orang Inggeris. Penduduk tempatan yang melihat permainan ini kali pertama kurang berminat untuk bermain permainan ini. Namun begitu, ahli-ahli beberapa kelab rekreasi di beberapa bandar utama seperti Kuala Lumpur, Singapura, Ipoh, dan Pulau Pinang bermain permainan ini. Kebanyakan mereka ini terdiri daripada orang Inggeris dan orang Cina.

c.    Perkembangan Bola Keranjang Di Malaysia
Sambutan dingin dalam beberapa dekad awal bola keranjang diperkenalkan sehingga perang dunia kedua. Bagaimanapun selepas itu bola keranjang mula diperkenalkan ke sekolah-sekolah terutamanya sekolah Cina. Bagi memudahkan usaha mengembangkanpermainan ini ke merata tempat di negara ini, ditubuhkan persatuan khususnya permainan ini di peringkat kebangsaan. Penubuhan persatuan ini bermula pada awal tahun 1960-an. Persatuan ini dinamakan sebagai Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA). Dengan memudahkan usaha untuk mempopularkan permainan ini ke negeri-negeri di seluruh nagara dan lebih-lebih lagi menarik peminat di kalangan masyarakat bukan Cina. Langkah awal MABA ialah menganjurkan pertandingan antara negeri. Untuk menarik minat lebih ramai ahli sukan mengambil bahagian sebuah piala dihadiahkan oleh Yang Dipertuan Agong dinamakan sebagai Piala Agong menjadi piala rebutan. Pertandingan ini dimulakan pada pertengahan 1960-an.
Jika dilihat sambutan terhadap sukan ini secara keseluruhannya, dapatlah dikatakan bahawa bola keranjang merupakan satu lagi permainan yang berjaya menarik sebilangan besar penduduk negara ini. Walau bagaimanapun kebanyakan daripada mereka yang menunjukkan minat pada sukan ini adalah merupakan kaum Cina.

d.    Kemahiran Permainan
i.              Hantaran paras dada dengan dua belah tangan

ii.             Hantaran lantun dengan dua belah tangan

iii.            Hantaran atas paras kepala

iv.           Hantaran bola lisut

v.            Menggelecek pantas

vi.           Menggelecek belakang badan

vii.          Jaringan statik / bebas

viii.         Jaringan lonjak

i.              Jaringan layang

e.    Peraturan / Undang-Undang
i.              Masa Permainan
Ø  Permainan         dibahagikan kepada 4        waktu yang mengandungi masa 10 minit setiap waktu dengan masa 2 minit rehat antaranya (4 x 10 minit).
Ø  10 minit rehat antara waktu 2 &         3 sebagai separuh masa perlawanan.
Ø  Penjaga masa akan menghentikan jam permainan:-
·         Semasa berlaku satu faul.
·         Dalam satu kejadian “Jump Ball”.
·         Tamatnya satu waktu permainan.
·         Permintaan masa berhenti (Time out).
·         Satu kecederaan berlaku.
·         Pengadil mengarahkan jam permainan dihentikan.
Ø  Penjaga masa akan mulakan jam       permainan semula:-
·         Lontaran ke dalam dan bola disentuh oleh salah seorang pemain.
·         Lontaran percuma terakhir bola.
ii.             Permulaan Permainan :
Ø  Permainan         akan dimulakan dengan 5 orang pemain bagi setiap pasukan.
Ø  Permainan         hendaklah dimulakan pengadil dengan “Jump Ball” di bulatan tengah.
iii.            “Jump Ball”
Ø  “Jump Ball” diadakan pada permulaan permainan sahaja dengan pengadil melambungkan bola di bulatan tengah.
iv.           Jaringan Gol :
Ø  Jaringan gol dihasilkan apabila bola hidup (dalam permainan)       memasuki  keranjang.
Ø  Pasukan yang menjaringkan gol mendapat 2 mata, 3         mata bagi jaringan gol dalam kawasan 3 mata.
Ø  Pihak lawan akan memulakan permainan dengan lontaran ke        dalam.
v.            Jaringan Bebas :
Ø  Dua atau tiga jaringan bebas diberikan kepada        seseorang pemain yang      telah difaulkan semasa dia hendak menjaringkan gol.
Ø  Setiap jaringan yang berjaya dari jaringan bebas dikira       1 mata.
vi.           Bola Keluar :
Ø  Bola dikira keluar apabila        ia terkena lantai atau          benda-benda lain di luar    gelanggang.
vii.          Lontaran Ke Dalam :
Ø  Seseorang pemain        hendaklah membuat lontaran ke dalam dari luar batasan   
Ø  di tempat yang ditunjuk oleh pengadil.
Ø  Pemain mempunyai 5 saat untuk membuat lontaran ke      dalam.
Ø  Semasa membuat        lontaran ke dalam, pemain-pemain lain dilarang menyentuh atau melampaui garisan sempadan tepi.
Ø  Pengadil bertanggungjawab menyerahkan bola        untuk  lontaran ke dalam.
viii.         Pemain di luar batasan gelanggang :
Ø  Seseorang pemain dikira keluar batasan       gelanggang apabila dia menyentuh
Ø  batasan sama ada di atas atau di luar garisan.
Ø  Bola dikira di luar batasan gelanggang apabila bola itu       tersentuh seseorang pemain di luar batasan gelanggang.
ix.           Penggantian Pemain : Boleh dilakukan oleh jurulatih apabila:
Ø  Satu faul telah berlaku.
Ø  Berlaku “Jump Ball” (Lontaran dalam bergiliran)
Ø  Lontaran ke dalam.
Ø  Masa berhenti (time-out).
Ø  Bila         berlaku         kecederaan.
x.            Peraturan 3 saat
Ø  Seseorang pemain dilarang berada di dalam kawasan        larangan pasukan.
Ø  Lawannya lebih dari tiga         saat bila pasukannya sedang        menguasai bola.
xi.           Peraturan 5 saat :
Ø  Seseorang         pemain         yang sedang memegang bola dengan tidak menghantar, menjaring gol, mengguling atau menggelecek lebih daripada 5 saat semasa dikawal ketat oleh pihak lawan.
xii.          Peraturan 8 saat :
Ø  Pasukan sedang menguasai bola        tidak boleh mengawal        atau menguasai bola di kawasan lapang belakang gelanggang lebih daripada 8 saat.
UKURAN
i.              Ukuran Gelanggang Bola Keranjang

ii.             Ukuran Papan dan Tiang
Papan Bola Keranjang

Ø  Papan Bola Keranjang mestilah terdiri dari permukaan        yang rata.    
Ø  Segi empat kecil berukuran 0.50        m mendatar dan 0.45         menegak adalah penting.
Tiang Bola Keranjang

Ø  Gol Bola Keranjang terdiri dari besi bulatan dan       jaring.
Ø  Ketinggian gol Bola Keranjang ialah 2.60       m



PERALATAN DAN PAKAIAN
i.              Bola Latihan/ Pertandingan
AKTIVITI
BERAT
LILITAN

Saiz 5
Lelaki dan perempuan sekolah rendah
450-500 gm
66 - 73 cm
Saiz 6
Perempuan sekolah menengah
510-567 gm
72.4 - 73.7cm
Saiz 7
Lelaki sekolah menengah
567-650 gm
74.9 - 78 cm

Jenis Bola
              •       Kejohanan    :        kulit/kulit       sintetik
              •       Latihan        :       Kulit/Kulit      sintetik/getah
ii.             Pakaian (Jersi) pertandingan:
Ø  Nombor (depan) : sekurang-kurangnya 10cm tinggi, 2       cm lebar.
Ø  Nombor (belakang) : sekurang-kurangnya 20cm     tinggi, 2cm lebar.

Ø  Nombor jersi pasukan wajib dari        nombor 4 hingga 15.

2 comments: