Thursday 29 January 2015

KESELAMATAN DAN KECEDERAAN DALAM SUKAN

3.    KESELAMATAN DAN KECEDERAAN DALAM SUKAN

a.    Keselamatan Sukan

Penglibatan dalam sukan mempunyai banyak aspek positif ke atas kehidupan seseorang. Namun demikian seseorang itu harus mengetahui dan mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengelakkan diri dari mengalami kemalangan semasa melibatkan diri dalam aktiviti sukan yang diminati.

Pakaian dan peralatan sukan

(i) Pakaian

Pakaian sukan harus selesa, sesuai dengan saiz tubuh badan dan membenarkan penyejatan peluh berlaku. Pakaian yang dibuat daripada kapas adalah yang paling sesuai digunakan dalam cuaca negara kita kerana ia membenarkan peluh diserap dan disejatkan. Ini mengelakkan peningkatan suhu
badan.

Pakaian yang terlalu ketat akan menjerutkan peredaran darah dan akan membawa kesan yang buruk kepada atlit.

(ii) Peralatan

Peralatan yang sesuai dengan umur, ketinggian dan keupayaan fizikal individu itu bukan sahaja dapat membolehkan individu itu menikmati aktiviti sukan yang diceburi malah dapat mengurangkan risiko kecederaan. Kayu hoki, kasut bola, reket tenis yang dibuat khas mengikut saiz badan dan keupayaan fizikal harus digunakan terutamanya oleh kanak-kanak dan remaja.

Selain itu, peralatan perlu sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan.

(iii) Peralatan keselamatan

Semua pemain harus memakai peralatan keselamatan semasa bersukan.  Sebagai contoh, shin pad, abdominal guard, mouth guard, helmet dan sarung tangan yang dapat melindungi mereka daripada kecederaan.
   
(iv) Peraturan pertandingan

Penganjur pertandingan peringkat umur harus mengutamakan keselamatan terutamanya dalam peraturan pertandingan sesuatu sukan. Sebagai contoh, sukan ragbi sentuh tidak membenarkan seorang pemain membuat tackle dan sukan kancil kriket hanya menggunakan bola getah yang lembut, sukan gimnastik tidak melibatkan gerakan kuang hadapan dan belakang untuk mereka yang muda (6-10 tahun).

Peraturan pertandingan sesuatu permainan boleh diubah suai mengikut keadaan dengan memberi keutamaan kepada aspek-aspek keselamatan.

(v) Padang dan gelanggang

Tempat permainan seperti padang dan gelanggang harus mempunyai ciri-ciri keselamatan dan tidak bahaya kepada pengguna. Contohnya, padang harus rata dan tidak berlubang yang boleh mengakibatkan pemain terseliuh. Tiang gol dalam keadaan baik dan tidak berkarat. Gelanggang sukan tidak mempunyai objek-objek asing atas permukaan dan di sekeliling yang boleh mencederakan penggunanya.

Memanaskan badan

Aktiviti memanaskan badan adalah penting sebelum memulakan sesuatu aktiviti fizikal atau pertandingan kerana ia membawa faedah kepada fizikal dan mental seseorang itu.

(i) Tujuan memanaskan badan

v    Meningkat suhu dalam badan (core body temperature) dan suhu dalam otot.
v    Ketegangan dalam otot juga akan berkurangan dan ini menyebabkan otot itu
           menjadi ‘releks’.  Kelebihan membolehkan pergerakan eksplosif seperti  
           menendang bola atau berlari pecut di mana aksi-aksi tersebut melibatkan
           penguncupan sekumpulan otot besar dan  disusuli dengan regangan maksimum
           otot-otot tersebut.
v    Aktiviti memanaskan badan dengan peningkatan intensiti pergerakan juga
           membolehkan jantung, paru-paru dan saluran darah menyesuaikan diri terhadap
           peningkatan kadar kerja mereka. Ini akan mengurangkan tekanan (stress) dan
           risiko kecederaan kepada jantung.
v    Pemain yang melakukan aktiviti memanaskan badan yang cukup juga akan
           berasa lebih yakin terhadap diri sendiri dan membolehkannya memberi tumpuan
           yang sepenuhnya terhadap permainan atau objektif yang ditetapkan untuk
           dicapai pada sesi latihan.
v    Otot menerima darah yang mencukupi.
v    Risiko kecederaan kurang.
v    Raptai pergerakan sebelum lakuan sebenar.
v    Fisiologi  
-              reaksi enzim lebih cepat daripada suhu badan tinggi, kurang asid laktik,
          kurang kesesuaian.
-              mental set.
-              tindak balas jantung.

Menyejukkan badan

Fisiologi menyejukkan badan bertujuan untuk mengembalikan fungsi kepada keadaan rehat secara progresif.
Fungsi fisiologi yang dimaksudkan ialah:
v  Fungsi denyutan jantung.
v  Fungsi pernafasan.
v  Fungsi peredaran darah.
v  Fungsi otot-otot rangka.

Salah satu faktor fisiologi dalam melakukan aktiviti secara progresif penyejukan badan ialah asid laktik yang terkumpul semasa aktiviti fizikal akan dapat diuraikan dalam otot dan organ-organ lain.

Aktiviti menyejukkan badan melibatkan dua aktiviti utama iaitu regangan dan aktiviti berintensiti yang rendah. Aktiviti regangan semasa menyejukkan badan dapat mengurangkan kelesuan otot dan juga meningkatkan keanjalan otot, tendon dan ligamen kerana suhu dalaman mereka adalah tinggi sebaik sahaja aktiviti fizikal utama.

Aktiviti gerakan badan dapat mempercepatkan kembalian darah ke jantung dan mengembalikan darah yang telah dipamkan oleh jantung ke hujung anggota badan seperti kaki dan tangan semasa aktiviti sukan utama. Sekiranya seseorang itu berhenti serta merta setelah satu sesi aktiviti sukan yang lama dan berintensiti tinggi, pengumpulan darah (blood pooling) akan terbentuk di kaki atlit tersebut. Ini akan menurunkan tekanan darah dalam badan kerana kekurangan darah. Akibatnya atlit itu akan rasa pening, loya atau mungkin pengsan.
 
               Rajah    Contoh pergerakan memanas dan menyejukkan badan
 



Keperluan cecair

Aktiviti sukan yang berpanjangan dan berintensiti tinggi boleh mengakibatkan kehilangan cecair badan melalui peluh sebanyak 2-3 liter setiap jam. Kehilangan ini mewakili kehilangan sebanyak 6-10% daripada berat badan.

Rasa kedahagaan atau kekeringan tekak bukan satu indikator baik bagi menunjukkan badan kehilangan air.  Seseorang atlit harus minum air yang banyak sebelum, semasa dan selepas sesuatu sesi aktiviti fizikal.  Air sejuk merupakan cecair yang paling sesuai untuk diminum.

Suhu badan individu yang normal ialah 37°C. Semasa aktiviti fizikal yang lama dan berintensiti tinggi, badan akan menghasilkan kuantiti haba yang banyak. Haba dihasilkan daripada metabolism karbohidrat dan lemak otot untuk menghasilkan tenaga. Haba juga diserap dari bahang cahaya matahari, udara panas dan sentuhan antara kaki dengan permukaan tanah.

(i) Imbangan cecair dan elektrolit

     Pengeluaran peluh yang banyak mengakibatkan kehilangan air dan elektrolit   
     daripada badan.  Kehilangan air adalah lebih kritikal sekiranya tidak digantikan.   
     Kebanyakan atlit hilang 8-12% daripada berat badan mereka  apabila melakukan
     aktiviti fizikal dalam keadaan cuaca panas dan lembap (humid).

     Kehilangan air ini mengakibatkan penurunan isipadu plasma darah. Elektrolit
     (ion Na+ dan Cl) yang mengawal kandungan air dalam badan apabila hilang
     melalui perpeluhan, tidak akan dapat mengawal keseimbangan air dan
     elektrolit.

     Penurunan kandungan air dalam plasma darah mengakibatkan penurunan
     tekanan darah.  Jantung terpaksa  mengepam dengan lebih kerap dan laju
     untuk mengekalkan keluaran kardiak agar darah dapat dihantar ke otot yang 
     sedang bekerja.  Ini akan mengakibatkan penurunan kadar peredaran darah
     di bawah permukaan kulit kerana lebih darah diperlukan untuk membekalkan
     nutrien dan oksigen ke otot. Kesan pengalihan peredaran darah ini menunjukkan
     peningkatan suhu badan dan mengakibatkan stress haba.


Stres haba

Pendedahan kepada bahang matahari dan cuaca lembap (humid) yang keterlaluan semasa menjalankan aktiviti bersukan boleh mengakibatkan stres haba. Kehilangan haba badan melalui proses perpeluhan boleh terjejas sekiranya kelembapan udara persekitaran adalah tinggi (65-75%).  Oleh kerana udara persekitaran lembap peluh tidak dapat disejatkan.

(i) Kekejangan otot (muscle cramp)

Kekejangan otot yang sering berlaku di otot betis dan abdomen akibat stres haba.  Kekejangan otot ini berkaitan dengan ketidakseimbangan antara air dan elektrolit dalam badan. Ketidakseimbangan ini berlaku kerana kehilangan air dan elektrolit melalui perpeluhan. Elektrolit seperti natrium (Na+) dan klorida (Cl-) diperlukan untuk mekanisme penguncupan otot.  Kekurangan elektrolit ini mengakibatkan kekejangan dalam otot.

(ii) Kehilangan air berlebihan (heat exhaustion)

Kehilangan air melalui perpeluhan dan tidak diganti  boleh mengakibatkan seseorang itu rebah, peluh tidak berhenti, pucat, pening dan loya serta denyutan nadi yang laju.

Rawatan yang diperlukan ialah meminum air yang banyak dan berehat di kawasan yang sejuk. Sekiranya tidak dirawat boleh mengakibatkan strok haba.

(iii) Strok haba (heat stroke)

Strok haba adalah keadaan yang lebih teruk daripada kekejangan otot dan kehilangan air badan berlebihan. Strok haba  boleh mendatangkan maut jika tidak dirawat segera. Punca spesifik strok haba tidak diketahui tetapi ciri-ciri
keadaan ini ialah pengsan, kulit yang kering dan suhu badan yang meningkat hingga 41°C dan badan tidak dapat mengeluarkan peluh. Kesan yang serius ialah gangguan pada sistem saraf pusat.

Strok haba boleh bertukar secara tiba-tiba tanpa amaran.

Rawatan harus dilakukan dalam masa 45 minit selepas mengalami strok haba.  Keutamaan di sini ialah menurunkan suhu badan mangsa.  Tanggalkan semua pakaian daripada mangsa, curahkan air sejuk ke atas badannya dan kipaskan
mangsa tersebut. Hantarkan mangsa secepat mungkin ke hospital. Pesakit tidak boleh diberi minuman langsung. Pemberian cecair ke dalam badan hanya melalui ‘intravenous drip’ yang segera.

Cara mengelakkan stres haba

(i) Menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca dan suhu yang panas sekurang-
    kurangnya seminggu sebelum hari pertandingan.

(ii) Minum air  sebelum, semasa dan selepas sesuatu sesi latihan atau pertandingan 
  dapat mengelakkan stres haba.  Walaupun minuman isotonik mengandungi       elektrolit yang boleh menggantikan elektrolit yang hilang namun air sejuk adalah cecair yang paling baik untuk diminum.

(iii) Pakaian yang diperbuat dari 100% kapas adalah yang paling sesuai dalam cuaca
      yang panas sebab kapas membenarkan penyejatan peluh yang maksimum. Lebih
      40% daripada kehilangan haba berlaku di bahagian kepala. Oleh itu topi yang  
      dipakai hendaklah diperbuat daripada kapas.

(iv) Elak daripada berlatih dalam cuaca panas. Masa antara 11.00 pagi – 4.00 petang
      adalah masa yang paling panas dan jika boleh jangan berlatih atas permukaan  
      panas seperti simen dan bitumen.

b.     Kecederaan Sukan

           Jenis kecederaan

 (i) Kecederaan tisu lembut

     Tisu lembut dalam badan merangkumi kulit, salur darah, saraf, otot, tendon,
     ligamen, kelenjar dan lapisan yang melindungi organ-organ tubuh.

v  Kekejangan otot
                Kekejangan otot adalah kesakitan yang dialami di otot-otot besar di  
                badan hasil penguncupan amat laju dan dalam jangka masa yang lama. 
                Faktor-faktor yang menyebabkan kekejangan:

-       Dehidrasi (kehilangan cecair dalam badan).
-       Kelesuan.
-       Hentakan atau pukulan ke atas otot-otot.

Kekejangan otot boleh di atasi dengan meregang otot tersebut secara statik.  Contoh otot yang selalu mengalami kekejangan ialah otot betis bagi atlit lumba lari dan pemain bola sepak. Sekiranya kesakitan masih berterusan setelah aktiviti meregangkan otot tersebut, hentikan rengangan kerana otot tersebut mungkin mengalami kecederaan yang lain.

(ii) Ketegangan otot (strain)

Ketegangan otot berlaku apabila fiber-fiber sesuatu otot mengalami kecederaan.  Tempat yang selalu berlakunya ketegangan otot ialah otot hamstring selepas sesuatu aktiviti larian pecut.

Ketegangan otot adalah hasil daripada mekanisme badan melindungi otot-otot tersebut daripada kecederaan yang lebih teruk.

Ketegangan otot biasanya melibatkan fiber otot terkoyak. Seseorang yang mengalami ketegangan ringan akan mengalami kesakitan dalam pergerakan aktif.  Ketegangan yang lebih serius akan mengakibatkan pengumpulan darah
sehingga seseorang itu tidak dapat menggerakkan anggota badan yang mengalami ketegangan otot.

(iii) Sengal-sengal otot

      Kita sering mengalami sengal-sengal otot setelah melakukan aktiviti fizikal
      yang tidak biasa atau sudah lama tidak aktif dalam sukan. Kecenderungan
      mengalami sengal otot berhubungkait dengan umur. Terdapat dua jenis  
      sengal otot:
v  Kesakitan yang keterlaluan dan diikuti dengan kelesuan. Ia berlaku sebaik sahaja tamat sesuatu aktiviti fizikal.
v  Kesakitan yang tertangguh selepas 12 jam melakukan aktiviti fizikal.

      Terdapat beberapa sebab kesengalan otot ini berlaku. Salah satu sebab  
      ialah terdapat kekoyakan kecil pada fiber otot dan juga kekejangan otot
      akibat daripada kekurangan bekalan oksigen ke otot.
     
      Sengal otot boleh dielakkan dengan melakukan aktiviti pada kadar yang
      rendah dan tingkatkan intensiti aktiviti tersebut secara berperingkat.

(iv) Luka

      Luka boleh melibatkan kecederaan dari luar kulit dan juga dari dalam (dihiris
      atau dipotong oleh tulang yang patah). Jenis-jenis luka terdiri daripada:
v  Abrasi      – cakaran pada permukaan kulit.
v  Potongan – terkena objek yang tajam.
v  Tebukan  – ditebuk oleh objek yang tajam seperti ‘spike’ kasut, paku.    
                 Luka ini adalah dalam dan mengakibatkan kerosakan salur darah.

(v) Lebam akibat kontusi

     Kontusi ialah hentakan terus objek ke atas permukaan luas atau tisu lembut.
     Sekiranya hentakan itu adalah kuat, kapilari darah akan pecah dan darah  
     terkumpul di tempat hentakan itu.  Warna biru-gelap akan terbentuk di bawah
     kulit. Sekiranya tempat yang sama terkena hentakan berulang kali, mendakan   
     kalsium akan terbentuk di kawasan tersebut mengakibatkan tempat itu  
     mengalami kesukaran untuk bergerak.
     Cara mencegah hentakan berulang ialah melindungi kawasan itu dengan   
     ‘pad’ seperti pada siku dan lutut.

(vi) Kecederaan tisu keras

      Tisu keras melibatkan semua tulang dan sendi badan. Tulang patah akibat
      stress yang tinggi ke atas tulang. 

      Tulang panjang seperti femur atau humerus mengambil masa lebih kurang 6
      minggu untuk sembuh. Sementara tulang-tulang kecil lain memerlukan 3-4  
      minggu. Sebaik sahaja simen atau plaster dibuka, tulang itu hendaklah
      dikenakan tekanan dan latihan beban untuk mengembalikan kekuatan tulang
      itu.
                                                 

(vii) Dislokasi

       Dislokasi berlaku apabila hujung tulang yang membentuk sendi itu tercabut  
       atau terkeluar dari tempat lekatannya. Tisu-tisu lembut seperti otot, ligamen,  
       tendon dan salur darah akan mengalami kecederaan apabila dislokasi  berlaku.
   Dislokasi sering berlaku di bahagian sendi bahu. Dislokasi biasanya       mengakibatkan kehilangan (deformiti) bentuk sesuatu sendi itu.

(viii) Kecederaan kepala

       Konkusi ialah hentakan ke atas kepala yang biasanya trauma otak. Konkusi
       biasanya berlaku dalam sukan kontek seperti bola sepak, ragbi, hoki, tinju  
       dan sukan mempertahankan diri.

       Kerap kali atlit yang mengalami konkusi akan merasa loya dan hilang 
       imbangan seketika walaupun kes amnesia jarang berlaku. Simptom konkusi  
       tidak jelas kelihatan dan mangsa harus dirujuk kepada pakar perubatan  
       secepat mungkin.



Pengurusan kecederaan/bantu mula

Semua kecederaan sukan yang dialami semasa bertanding atau latihan mestilah diuruskan dan diperiksa untuk menentukan sama ada mangsa itu dibenarkan meneruskan latihan atau beraksi atau dirujuk dengan segera kepada pakar perubatan.

Terdapat beberapa kaedah pengurusan menilai kecederaan sukan.

(a) TOTAPS

      Talk - bolehkah mangsa itu bercakap, bertanya kepadanya peringkat
                kesakitan dan tempat kecederaan.

      Observe - perhatikan dan periksa tempat kecederaan dan keadaan mangsa
                       terutamanya kecederaan yang dialami ke atas kepala mangsa.

      Touch - rasakan tempat kecederaan, periksa  sebarang bengkak atau
                   deformiti anggota badan tersebut.

      Active Movement - suruh mangsa gerakkan anggota badan yang cedera,  
                                     sekiranya mangsa rasa sakit rujuk kepada pakar
                                     perubatan dengan segera.

      Passive Movement - gerak perlahan bahagian yang tercedera untuk periksa  
                                    tahap kecederaan. Rengangkan otot dan benarkan
                                    mangsa kembali beraksi setelah pasti dengan sepenuhnya   
                                    kecederaan tidak serius.

       Stand - suruh mangsa itu berdiri, jalan, lari dan lompat untuk mempastikan  
                    tahap kecederaan. Benarkan mangsa sambung bermain bila tiada
                    tanda kecederaan yang khusus.
 (b) DRABC

       Kaedah ini digunakan untuk memberi bantu mula kepada mangsa yang tidak
       sedarkan diri atau mengalami kejutan.

       Danger - pastikan mangsa bebas dari bahaya sekitarnya contohnya jika
                      mangsa tersepit, singkirkan bendasing yang menyepitnya.

       Response - cuba gerakkan atau perhatikan sebarang gerakbalas mangsa
                        untuk mengetahui keadaan sebenar. Panggil nama, tanyakan  
                        keadaan, sentuh dan rasa bahagian badan untuk melihat sebarang 
                        respons.

        Airway - pastikan salur pernafasan tidak tersekat. Periksa hidung dan mulut  
                      mangsa agar tiada bendasing menghalang salur pernafasan.
       Breathing - periksa sama ada mangsa masih bernafas melalui hidung atau
                        mulut. Sekiranya tiada berikan bantuan pemulihan pernafasan
                        dengan segera.

       Circulation - maksud peredaran darah. Periksa kadar denyutan nadi yang  
                         rendah menunjukkan denyutan jantung yang lemah. Jika
                         terdapat punca kehilangan darah seperti luka, balut dan tutup
                         luka tersebut.


(c) RICE

     Tindakan awal ini diberikan untuk tujuan berikut:
v   Mencegah tisu-tisu lembut lain daripada mengalami kecederaan.
v   Mengurangkan kesakitan yang dialami.
v   Mengurangkan dan menurunkan bengkak.
v   Mengekalkan kecergasan sementara bahagian kecederaan yang cedera.
v   Mengembalikan keyakinan mangsa terhadap bahagian yang cedera.
v   Mencegah berlaku semula kecederaan yang sama.

     Pengurusan RICE ini adalah sesuai untuk kecederaan tertentu seperti
     terseliuh, dislokasi, hentakan, sengal, retak dan kontusi, ketegangan dan   
     kekejangan otot.

     Rest - setelah mendapat kecederaan, mangsa harus direhatkan. Sebarang
               pergerakan yang diteruskan ditempat yang cedera akan mengakibatkan
               pengaliran darah meningkat atau berterusan dan ini memburukkan lagi  
               kecederaan.

     Ice - ais yang dibalut dengan kain atau plastik didemah ke atas tempat yang
             cedera. Kecederaan yang tidak melibatkan luka terbuka sesuai diberi
             rawatan ini.  Jangan benarkan ais secara langsung ke atas tempat  
             cedera kerana akan mengakibatkan ‘ice-burn’ dan mematikan sel-sel di
             sekeliling tempat yang cedera. Demahan ais ini menurunkan suhu tisu
             dan sel yang telah mengalami kecederaan dan dapat memulihkan sel
             yang rosak dengan lebih cepat.

     Compression - bahagian yang cedera harus dibalutkan untuk mengelakkan
                           bengkak yang keterlaluan.

     Elevation - meninggikan bahagian yang cedera memudahkan dan         
                     mempercepatkan pengembalian darah masuk ke jantung. Ini  
                     mengurangkan pendarahan terhadap tempat yang cedera.  
                     Bahagian yang luka harus lebih tinggi daripada paras jantung.

     Rawatan kaedah ini perlu dilakukan untuk 48 jam yang pertama. Walau
     bagaimanapun, rujukan pakar perubatan harus dijalankan secepat mungkin.  
     Dalam tempoh masa tersebut atlet tidak digalakkan menjalani urutan sukan  
     kerana boleh menimbulkan banyak komplikasi.


Terapi kecederaan sukan

Rehabilitasi atau pemulihan seorang atlit yang cedera biasanya dirancang dan diuruskan oleh fisioterapis atas arahan pakar perubatan.

Kecederaan ke atas sendi dan otot mungkin tidak dipulihkan melalui rehat sahaja melainkan keadaan yang ringan. Seorang atlit perlu menjalani rawatan pemuliharaan atau rehabilitasi untuk mengembalikan bahagian yang cedera itu ke keadaan asal. Antara faktor yang diambilkira semasa rehabilitasi ialah:
v  Menguatkan otot, ligamen dan tendon yang telah pulih dari kecederaan.
v  Memulihkan tahap kecergasan atlit ke keadaan asal.
v  Meningkatkan julat pergerakan dan kestabilan sendi atau otot.
v  Mengembalikan keyakinan atlit terhadap keupayaannya.

(a)  Fisioterapi
Fisioterapi ialah kaedah perawatan yang dijalankan oleh ahli fisioterapi yang terlatih di atas arahan doktor perubatan. Objektif utama fisioterapi sukan ialah membantu mempercepatkan kadar penyembuhan sesuatu kecederaan sukan. Matlamatnya ialah mengembalikan atlit yang cedera itu kepada keadaan asal dan bersedia untuk beraksi atau berlatih. Antara teknik-teknik rawatan oleh ahli fisioterapi ialah seperti berikut:
         
          (i)    Elektroterapi
                 Penggunaan beberapa alatan elektronik yang sesuai ke atas otot atau
                 sendi yang cedera. Ini bertujuan supaya dapat merangsang peredaran  
                 darah ketempat yang cedera. Contoh alat fisioterapi yang sering  
                 digunakan ialah mesin ultrasound, shortwave diathermy, laser therapy  
                 dan interferential.

         (ii)    Hidroterapi
  
                 Hidroterapi ialah rehabilitasi yang menggunakan air untuk memulihkan  
                 kecederaan. Atlit boleh menjalankan latihan kecergasan dalam permulaan
                 dengan bantuan daya apungan air. Air dapat mengapungkan atau
                 menyokong berat badan seseorang itu semasa beliau menjalankan latihan 
                 kecergasan. Ini mengurangkan daya hentakan yang dikenakan ke atas
                 anggota badan atlit tersebut.

          (iii)  Terapi Haba (Heat Therapy)
    
                 Terapi haba digunakan ke atas kecederaan yang tidak melibatkan
                 luka terbuka. Terapi jenis ini harus diawasi dan dipantau agar darjah
                 kepanasan terapi tidak menjadi terlalu tinggi hingga membakar tisu-
                 tisu atau sel-sel tempat rawatan terapi itu.

                 Terapi haba meningkatkan relaksasi otot dan mengurangkan kesakitan
                 tempat yang mengalami kecederaan. Terapi haba meningkatkan    
                 peredara darah ke kawasan yang cedera dengan itu membolehkan lebih   
           banyak nutrien dan oksigen dihantar untuk membaiki kerosakan tisu dan sel
                 sementara mengangkut hasil buangan seperti karbon dioksida dari 
                 tempat tersebut.  

                 Alatan dan cara yang digunakan dalam terapi haba:

v  Rendam bahagian yang cedera dalam air yang suhu antara 40-41°C selama 10-20 minit.
v  Pundi gel yang dipanaskan juga boleh diletakkan ke atas tempat yang cedera. Perhatian harus diambil ke atas kulit atau tempat meletak pek ini agar ia tidak melecur akibat terlalu panas atau terlalu lama.

(b)         Urutan Sukan

           Satu daripada bentuk rawatan kecederaan sukan termasuk urutan yang 
           diberi kepada otot-otot tertentu. Setelah mengenalpasti tiada terdapat  
         faktor-faktor kontradiksi seperti kecederaan akut, luka,  patah dan demam      

           panas.

3 comments:

  1. asslammualaikum, mcm mana nk rujuk buku berkenaan ini..mohon tajuk buku yang disyorkan

    ReplyDelete
  2. Asslammualaikum , saya ingin mengetahui siapakah yang memiliki blog ini. Saya memerlukan sebagai sumber rujukan untuk kerja kursus sains sukan saya. Tolong lahh.

    ReplyDelete
  3. may I know who is the writer of this article please?

    ReplyDelete