Friday 30 January 2015

OLAHRAGA

1.   OLAHRAGA
a.    Pengenalan
Olahraga ialah satu aktiviti fizikal yang bersifat saingan. Ia merangkumi beberapa acara berlainan yang berasaskan kepada pergerakan-pergerakan semula jadi seperti berlari, melompat dan membaling. Bentuk awal olahraga yang dikelolakan secara tersusun telah dikenali berlaku pada zaman klasikal terutamanya Sukan Olimpik Kuno. Sepertimana kita tahu, olahraga bermula dari Sukan Olimpik Moden pertama di Athens dalam tahun 1896 dan kewujudan IAAF (Pertubuhan Olahraga Amator Antarabangsa) dalam tahun 1912. Sejak itu, program olahraga telah diubahsuaikan dan diperkembangkan secara berterusan.
Olahraga merupakan elemen yang paling penting dalam Sukan Olimpik Moden. Ia dipraktikan di semua negara kerana nilai pendidikannya dan peranannya dalam peningkatan keadaan fizikal individu. Ia juga merupakan asas yang diperlukan untuk prestasi optimum dalam sukan lain. Tambahan pula ia menawarkan peluang kepada penyelidik untuk mengkaji pergerakkan manusia.
Olahraga trek dan padang biasanya dikenali sebagai olahraga atau trek dan padang. Nama "olahraga" berasal daripada perkataan Greek "athlos" yang bermaksud "bertanding". Tarikan yang ada pada acara sukan ini juga telah melahirkan istilah olahraga (athletics) yang merangkumi acara berlari, melontar dan melompat.
Mengikut catatan sejarah, olahraga dipercayai bermula pada 3000 tahun yang lampau di Greece. Oleh itu, ianya dianggap sebagai acara sukan yang tertua di dunia. Catatan sukan olahraga ini bermula di Sukan Olimpik kuno tahun 776 S.M di Greece. Berdasarkan “The Encyclopedia of Sports” acara pertama yang dicatatkan sebagai sukan ialah lompat jauh dimana ahli sukan Sparta bernama Chionis berjaya melompat sejauh 23 kaki 1 ½ inci pada Sukan Olimpik 656 S.M.
Di England, sukan olahraga telah dihidupkan oleh Royal Military College di Sandhurst di mana temasya sukan bermula pada 1812. Kemudian Kelab Olahraga yang pertama ditubuhkan iaitu ‘The Necton Guild’. Selepas itu semakin banyak kelab olahraga ditubuhkan dan terdapat juga kelab olahraga peringkat universiti yang ditubuhkan pada tahun 1850 di University Oxford, dikenali sebagai Exeter College Athletic Club. 
Kejohanan olahraga kebangsaan yang pertama telah dianjurkan pada tahun 1866 oleh Amateur Athletic Club di England. Seterusnya kejohanana Antarabangsa yang pertama diadakan pada tahun 1876 antara England dan Ireland. Menjelang abad ke-20, ramai atlet Amerika Syarikat yang telah mampu mencatatkan prestasi yang memberangsangkan. Ternyata kebanyakkan peserta dari negara Amerika Syarikat ialah berketurunan Negro, namun atlit dari negara Eropah lain turut cemerlang dalam olahraga.

b.   Sejarah Dan Perkembangan
Setiap makhluk mempunyai fikiran, dari pemikiranlah terhasilnya perlakuan kemahiran asas seperti berlari, melompat, membaling ataupun melontar. Lama kelamaan kemahiran ini telah diperkembangkan sehingga menjadi satu acara sukan. Tarikan yang ada pada acara sukan ini telah melahirkan istilah olahraga (athletics) yang merangkumi acara berlari, melontar dan melompat. Mengikut catatan sejarah, olahraga dipercayai bermula pada 3000 tahun yang lampau di Greece. Oleh itu ianya boleh dianggap sebagai acara sukan yang tertua di dunia. Catatan sukan olahraga ini bermula di Sukan Olimpik kuno tahun 776 S.M di Greece. Berdasarkan “The Encyclopedia of Sports” acara pertama yang dicatatkan sebagai sukan ialah lompat jauh dimana ahli sukan Sparta bernama Chionis berjaya melompat sejauh 23 kaki 1 ½ inci pada Sukan Olimpik 656 S.M. Di England, sukan olahraga telah dihidupkan oleh Royal Military College di Sandhurst di mana temasya sukan bermula pada 1812. Kemudian Kelab Olahraga yang pertama ditubuhkan iaitu ‘The Necton Guild’. Selepas itu semakin banyak kelab olahraga ditubuhkan dan terdapat juga kelab olahraga peringkat universiti yang ditubuhkan pada tahun 1850 di University Oxford, dikenali sebagai Exeter College Athletic Club. Kejohanan olahraga kebangsaan yang pertama telah dianjurkan pada tahun 1866 oleh Amateur Athletic Club di England. Seterusnya
kejohanana Antarabangsa yang pertama diadakan pada tahun 1876 antara England dan Ireland. Menjelang abad ke-20, ramai atlet Amerika Syarikat yang telah mampu mencatatkan prestasi yang memberangsangkan. Ternyata kebanyakkan peserta dari negara Amerika Syarikat ialah berketurunan Negro, namun atlit dari negara Eropah lain turut cemerlang dalam olahraga. Sememangnya ketika itu atlet dari Asia dan Afrika belum mampu menyaingi kemampuan atlet dari Eropah. Tetapi kini senario tersebut telah berubah dan boleh dikatakan atlet Asia dan Afrika dianggap setaraf dengan atlet Eropah. Kini pelbagai kejohanan sukan diadakan seperti Sukan Sea, Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik. Mana-mana badan atau pertubuhan yang berdaftar dibawah IAAF boleh menyertai kejohanan dibawah pengawasan IAAF.

SUKAN OLIMPIK
Ia telah diadakan buat kali pertama di Greece pada tahun 1896. Sukan ini dianjurkan oleh Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa yang bergabung dengan Majlis Olimpik Antarabangsa dan ia diadakan empat tahun sekali. Pada Sukan Olimpik yang pertama itu sebanyak 295 atlit telah menyertainya. Setelah itu banyak kejayan yang diperolehi atau dilihat pada Sukan Olimpik contohnya pada 1992 di Barcelona lebih dari 135 negara yang menyertai sukan ini. Cogan kata bagi Sukan Olimpik ialah “Perkara yang penting dalam sukan bukanlah kemenangan , tetapi mengambil bahagian seperti perkara yang penting dalam hidup ialah berusaha”. Berdasarkan kepada cogan kata inilah banyak negara yang menyertainya walaupun amat sukar untuk mencapai sesuatu kemenangan yang memang menjadi idaman mereka.Malaysia telah menyertai Sukan Olimpik pada tahun 1956 di Melbourne dalam 4 acara iaitu hoki, angkat berat, olahraga dan renang. Sejak dari itu, Malaysia tidak pernah ketinggalan dari menyertai Sukan Olimpik kecuali tahun 1980 kerana membantah tindakan Rusia yang menceroboh Afghanistan. Sehingga kini kita hanya pernah memenangi pingat gangsa acara badminton di Barcelona tahun 1992.

ORGANISASI OLAHRAGA
IAAF atau Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa ditubuhkan pada tahun 1912 dan semua negara boleh menganggotai badan tertinggi sukan olahraga di dunia ini. Peranan IAAF ialah sebagai penasihat dan pengiktiraf semua kejohanan sukan terbesar ini. Persekutuan ini adalah satu-satunya badan atau pertubuhan yang boleh mengiktiraf sebarang rekod atau kejayaan yang dicapai oleh atlet. Segala peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan olahraga adalah dibawah tanggungjawab IAAF.

c.    Perkembangan Olahraga Di Malaysia
Organisasi olahraga terulung dicatat di Malaysia adalah Persatuan Olahraga Ipoh, pada tahun 1906.Kejohanan olahraga pada masa itu dinamakan ‘Ipoh Athletic Sports’.Pemenang kejohanan ini dianggap sebagai Johan Malaya.
Pada 1914 hingga 1919  Aktiviti olahraga dihentikan kerana Perang Dunia Pertama. Pada 1920, mesyuarat olahraga diadakan diKuala Lumpur untuk mengadakan pertandingan olahraga di antara negeri buat kali yang pertama.Kejohanan olahraga antara negeri ini dikelolakan oleh ‘Amateur Athletic of British Malaya’.
Pada 1913, nama diubah kepada ‘Amateur Athletic Associationof Malaya’.Nama kejohanan ditukar kepada ‘Championships of Malaya’.Pada 1940 hingga 1948, aktiviti olahraga dihentikan sekali lagi kerana Perang Dunia Kedua.
Pada 1952, nama persatuan ditukar pula kepada ‘Federation of Malaya Amateur Athletic Union’ (FMAAU) digabungkan bersama dengan Majlis Olimpik Malaya.
Pada 1960, kejohanan kebangsaan pertama yang menggunakan peraturan-peraturan baru telah diadakan di Seremban,rekod-rekod kebangsaan telah diiktiraf.Pada 1960 hingga 1962, Kejohanan turut disertai oleh peserta-peserta dari luar negara.
Dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963, FMAAU ditukar kepada ‘Malaysia Amateur Athletics Union’ (MAAU). Presiden MAAU yang pertama ialah Datuk Mohamed Ghazali bin Shafie.Pada 1964, kejohanan pertama di bawah MAAU diadakan. Semua negeri di Malaysia mengambil bahagian.

d.    Peraturan / Undang-Undang
i.              Setiap pertandingan yang dijalankan hendaklah dikawal oleh undang-undang dan peraturan pertandingan bersesuaian dengan matlamat penganjurannya.
ii.             Pembinaan peraturan sesuatu kejohanan akan merujuk dan mengikut undang-undang dan peraturan
Ø  Persatuan Olahraga Antarabangsa.
Ø  Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia
Ø  Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM)        
Ø  Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN)
Ø  Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD)
Ø  Majlis Sukan Sekolah cawangan         – jika ada
iii.            Peraturan pertandingan perlu mempunyai perkara berikut;
Ø  Nama kejohanan.
Ø  Tarikh.
Ø  Tempat pertandingan.
Ø  Kategori dan acara-acara        yang dipertandingkan.
Ø  Ukuran, berat alatan dan        jarak.
Ø  Syarat-syarat penyertaan.      
Ø  Nombor peserta.
Ø  Aturcara dan jadual pertandingan.
iv.           Acara Dan Ukuran Serta Timbangan Alat Pertandingan.



v.            Ukuran Dan Jarak Acara 80 Meter Lari Berpagar
BIL PAGAR
TINGGI PAGAR
PAGAR 1 DARI 1 GARISAN PERMULAAN
PAGAR KE PAGAR
PAGAR 8 KE GARISAN PENAMAT
8
0.762M
12.00M
8.00M
12.00M

vi.           Jarak Dan Ukuran Acara 200 Lari Berpagar
KATEGORI
BIL. PAGAR
TINGGI PAGAR
PAGAR 1 DARI GARISAN PERMULAAN
PAGAR KE PAGAR
PAGAR KE GARISAN PENAMAT
LELAKI 15TKB
10
0.840M
16.00M
19.00M
13.00M
PEREMPUAN TKB
10
0.762M
16.00M
19.00M
13.00M

vii.          Acara 2000 Meter Lari Berhalangan
Ø  1.7.1 Lompat Pagar : 18         kali
Ø  1.7.2 Lompat Air              : 5 kali
Ø  Lompatan         air ialah lompatan kedua dalam pusingan pertama        dan kemudiannya lompatan yang keempat dalam pusingan yang berikutan
viii.         Tatacara pelari untuk Acara 4 X 200 m
Ø  Pelari Pertama akan menggunakan lorong sendiri dan         akan bermula di garisan 1 ½ stagger – seperti pelari pertama dalam acara 4 X 400m
Ø  Pelari Kedua akan         bersedia di garisan satu stagger yang akan disediakan
Ø  Pelari Ketiga akan         bersedia di garisan ½         stagger (seperti pelari kedua dalam acara 4 X 400 m). Selepas menerima baton daripada pelari kedua, pelari ketiga mesti berlari di lorong masing – masing sehingga ke selekoh pertama dan kemudiannya, beliau boleh memotong masuk ke lorong pertama.
Ø  Pelari Akhir akan bersedia di tempat penerimaan baton mengikut susunan senarai mula (start list), dan menerima baton dengan syarat dia tidak menghalang atau menolak peserta lain.
ix.           Acara Pentatlon
Ø  Hari Pertama 100         m Lari Berpagar, Lompat Tinggi dan        Melontar Peluru.
Ø  Hari Kedua        : Lompat Jauh dan 800m
x.            Acara Heptatlon
Ø  Hari Pertama : 110m Lari Berpagar, Lompat Tinggi, Melontar Peluru dan 400m
Ø  Hari Kedua        : Lompat Jauh, Merejam Lembing dan 1500      m
xi.           Acara Pertandingan
Diperingkat sekolah penyertaan pelajar dalam satu acara bergantung kepada jumlah rumah dan trek yang ada bagi memudahkan cara pertandingan dijalankan.
xii.          Tatacara pelari untuk Acara 4 X 200 m
Ø  Pelari Pertama akan menggunakan lorong sendiri dan         akan bermula di garisan 1 ½ stagger – seperti pelari pertama dalam acara 4 X 400m
Ø  Pelari Kedua akan bersedia di garisan satu stagger yang akan disediakan
Ø  Pelari Ketiga akan bersedia di garisan ½       stagger (seperti pelari kedua dalam acara 4 X 400 m). Selepas menerima baton daripada pelari kedua, pelari  ketiga mesti berlari di lorong masing – masing sehingga ke selekoh pertama dan kemudiannya, beliau boleh memotong masuk ke lorong pertama.
Ø  Pelari Akhir akan bersedia di tempat penerimaan baton      mengikut susunan senarai mula (start list), dan menerima baton dengan syarat dia tidak menghalang atau menolak peserta lain.
xiii.         Acara Pentatlon
Ø  Hari Pertama 100m Lari Berpagar, Lompat Tinggi dan        Melontar Peluru.
Ø  Hari Kedua        : Lompat Jauh dan 800m
xiv.         Acara Heptatlon
Ø  Hari Pertama : 110m Lari Berpagar, Lompat Tinggi, Melontar Peluru dan 400m
Ø  Hari Kedua        : Lompat Jauh, Merejam Lembing dan 1500      m
xv.          Acara Pertandingan
Diperingkat sekolah penyertaan pelajar dalam satu acara bergantung kepada jumlah rumah dan trek yang ada bagi memudahkan cara pertandingan dijalankan.
Ø  Di Kejohanan Peringkat Daerah dan Negeri  penyertaan      TIDAK LEBIH daripada dua (2) orang peserta bagi setiap acara individu dan satu (1) pasukan bagi acara Lari Berganti-Ganti.
Ø  Bilangan maksima penyertaan seseorang peserta adalah seperti berikut :
KUMPULAN UMUR
INDIVIDU
LARI BERGANTI-GANTI
18 TKB
3 (termasuk acara terbuka)
2
15 TKB
3 (termasuk acara terbuka)
2

Ø  Peserta – peserta Heptatlon dan Pentatlon TIDAK DIBENARKAN mengambil bahagian dalam acara individu yang lain.
Ø  Acara TERBUKA hanya dibenarkan disertai oleh peserta – peserta yang berumur 13 tahun atau lebih pada 01 Januari tahun pertandingan.
xvi.         Melaporkan Diri Peserta
Ø  Peserta mesti melaporkan diri sekurang-kurangnya 30        minit bagi acara balapan dan 45 minit bagi acara padang, sebelum waktu acara berkenaan dijadualkan berlangsung. Selepas itu, mereka akan diiringi ke tempat pertandingan oleh Penyelia Peserta.
Ø  Peserta-peserta TIDAK DIBENARKAN melaporkan diri terus kepada Pegawai Teknik dalam arena pertandingan.
Ø  Hebahan tentang         panggilan peserta-peserta untuk melaporkan diri bagi acara-acara mereka TIDAK AKAN DIBUAT. Maklumat meminta peserta melaporkan diri hanya disiarkan dipapan kenyataan di tempat Penyelia Peserta. Hebahan hanya akan dibuat sekiranya terdapat sebarang pindaan dalam susunan acara atau program kejohanan.
Ø  Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap       dan nombor-nombor mereka mesti disematkan dengan pin pada setiap penjuru di baju lari masing-masing.
Ø  Peserta-peserta yang lewat melaporkan       diri, iaitu 15 minit sebelum acara mereka dimulakan, TIDAK AKAN DIBENARKAN mengambil bahagian dalam acara tersebut dan akan dianggap sebagai telah menarik diri.
xvii.        Prosedur Masuk Dan Keluar Arena Pertandingan
Ø  Peserta-peserta hendaklah berbaris apabila dibawa masuk dan     kelua daripada arena pertandingan diringi oleh Penyelia Peserta.
Ø  Untuk acara balapan, selepas sesuatu acara itu       tamat,         peserta-peserta hendaklah berada di lorong masing-masing, berpusing balik dan menghadap hakim-hakim balapan untuk menunjukkan nombor mereka dan balik ke tempat peserta dengan serta merta tanpa memasuki padang.
xviii.       Blok Permulaan
Ø  Bagi acara-acara yang tersebut di bawah untuk       peringkat umur 18 tahun ke bawah dan 15 tahun ke bawah (lelaki dan perempuan) mulaan dekam dan Blok Permulaan MESTI DIGUNAKAN UNTUK ACARA 100 m, 200 m, 400 m, 100 m Lari Berpagar, 110 m Lari Berpagar, 400m Lari Berpagar, 4 X 100 m dan 4 X 400 m.
xix.         Paku Kasut (Spikes)
Ø  Paku Kasut        : Kejohanan yang diadakan di atas balapan        jenis sintetik. Panjang maksima paku kasut (spikes) tidak boleh melebihi 09 mm, kecuali untuk acara Lompat Tinggi dan Merejam Lembing. Untuk acara-acara tersebut, paku kasut tidak boleh melebihi 12 mm.
xx.          Cara Menanda Di Tempat-Tempat Pertandingan
Ø  Peserta-peserta tidak dibenarkan       menggunakan kapur         atau lain-lain bahan sepertinya untuk menandakan di tempat – tempat pertandingan. Mereka  hendaklah menggunakan pita.
xxi.         Cara Menentuan Peserta Terbaik Adalah Berdasarkan Kriteria Berikut:
Ø  Pemecah rekod baru berstatus          (ikut ranking kejohanan) Rekod Kejohanan Olahraga peringkat Kebangsaan (KOAM), Rekod Remaja Kebangsaan (KOAM), MSS Asean, dan MSSM dan jumlah rekod yang diperbaharui dengan mengambil kira usia rekod dan bilangan pingat emas, perak dan gangsa;
Ø  Sekiranya tiada rekod yang diatasi/dicatat, jumlah pungutan         pingat emas  atau perak atau gangsa dalam acara individu akan diambil kira;
Ø  Sekiranya pungutan pingat emas masih sama,         pungutan pingat perak dan pingat gangsa dalam acara individu akan diambil kira;
Ø  Sekiranya kedudukan masih sama juga,        maka keputusan akan dibuat berdasarkan Jadual Mengira Mata IAAF bagi pencapaian terbaik acara tertentu setiap peserta; dan

Ø  Olahragawan dan         olahragawati diberi kepada peserta terbaik keseluruhan (lelaki dan perempuan).

No comments:

Post a Comment