Friday, 30 January 2015

PENGAJIAN PERSONALITI DALAM PEMILIHAN AHLI DALAM SUKAN

1.   Adakah pengajian personaliti perlu dilakukan atau boleh dilakukan untuk pemilihan ahli dalam pasukan dan sukan tertentu ?
Ya, pengajian personaliti perlu dilakukan untuk pemilihan ahli dalam pasukan dan sukan kerana ia merangkumi sikap, cara pemikiran, perasaan, cara bertindak dan cara berinteraksi dengan orang lain. Personaliti seseorang sering menjadi perhatian orang lain dan lazimnya sesuatu tanggapan yang dibuat mengenainya.

Antara ciri – ciri yang mesti dimiliki oleh seseorang atlit termasuklah :-
i.              Mempunyai disiplin diri yang tinggi
ii.             Sentiasa mengamalkan permainan bersih
iii.            Mempunyai rekod yang baik sepanjang penglibatan dalam sukan
iv.           Menunjukkan komitmen yang tinggi kepada pasukan
v.            Bijak mengawal emosi semasa pertandingan
Disiplin diri yang tinggi dapat membantu seseorang atlit untuk berada di puncak kecemerlangan. Seseorang atlit yang berdisiplin akan mudah mendapat sokongan daripada masyarakat. Atlit yang berdisiplin tahu akan peranan dan tanggungjawabnya, mematuhi arahan ketua dan jurulatih, mengikut jadual latihan yang ditetapkan dengan baik dan menghormati rakan pasukan yang lain. Atlit yang berdisiplin juga berupaya mengawal emosi untuk mengelak perkara yang tidak diingini berlaku semasa permainan. Kegagalan mengawal emosi semasa bermain akan membawa kesan negatif kepada diri sendiri ataupun pasukannya.
Selain itu, atlit harus memahami undang – undang, strategik, taktik dan kemahiran dalam suatu permainan. Etika dan peraturan permainan perlu difahami dengan jelas. Pemahaman yang jelas terhadap etika permainan dapat mengelakkan pemain daripada melakukan kesalahan semasa bermain.
Kerjasama juga penting dalam sesuatu permainan. Atlit akan menikmati keseronokan bermain dan dengan itu kemenangan akan diraikan bersama manakala kekalahan tidak akan dipertanggungjawabkan kepada individu dalam pasukan.
Kesetiaan kepada pasukan adalah perlu untuk memastikan kerjasama yang erat dalam kalangan atlit. Tindakan agresif seperti memberi rasuah dalam pasukan yang pernah bermain sebelum ini berpunca daripada sikap tidak setia kepada pasukan dan sikap sesetengah individu yang tidak jujur dan amanah.
Kesungguhan dan semangat juang yang tinggi salah satu faktor kejayaan seseorang atlit. Seseorang atlit yang ingin maju mestilah ingin meningkatkan prestasinya dan bersedia menerima kritikan daripada masyarakat dengan hati yang terbuka. Atlit yang mempunyai personaliti yang baik akan dipandang tinggi oleh masyarakat dan boleh dijadikan contoh kepada masyarakat.

Akhir sekali, atlit haruslah mengamalkan etika kesukanan dan menanam semangat patriotisme di dalam diri mereka. Segala tindakan atlit melambangkan imej negara. Oleh itu, atlit dan bakal atlit negara haruslah berdisiplin, bermoral dan mempunyai perasaan cinta akan negara. Sikap ini boleh dipamerkan melalui semangat kesukanan semasa bertanding.

No comments:

Post a Comment