Friday 30 January 2015

Pengelolaan acara sukan yang cekap dan berkesan

Pengelolaan acara sukan yang cekap dan berkesan adalah elemen terpenting dalam penganjuran sesuatu kejohanan sukan. Dalam era teknologi maklumat yang berkembang pesat pada masa kini, penggunaan teknologi dalam bidang pengurusan sukan akan dapat melancarkan dan mempercepatkan lagi proses pengurusan sesuatu kejohanan sukan oleh pihak penganjur. Ini akan dapat meningkatkan minat dan sokongan terhadap mereka yang terlibat dalam bidang tersebut. Antara tanggungjawab penganjur sesuatu kejohanan sukan adalah memberikan mereka yang sangat berminat dalam bidang sukan kepuasan sepenuhnya kepada penganjuran secara profesional. Bagi membolehkan penganjuran kejohanan dijalankan dengan berjaya, penggunaan kemudahan ICT adalah tidak dapat dielakkan pada masa kini. Potensi penggunaan komputer yang terbesar dalam penganjuran sesuatu kejohanan sukan adalah dalam penjadualan dan pengiraan kedudukan dalam satu kejohanan yang besar dan melibatkan banyak pasukan yang bertanding. Kejayaan dalam penganjuran sesuatu kejohanan sukan akan meningkatkan imej serta memartabatkan mereka yang terlibat dalam menjayakan sesuatu kejohanan itu.
Sebagai contoh, ialah penganjuran Sukan Olimpik Beijing Tahun 2008. Untuk menyelengarakan sukan olimpik dengan berjaya, Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing telah mengeluarkan slogan “Sukan Olimpik yang saintifik dan berteknologi tinggi”. Penggunaan teknologi merupakan jaminan dan sokongan bagi menyelenggarakan sukan dengan jayanya. Sukan tidak akan mencapai skala dan prestij yang begitu besar pada saat ini tanpa perkembangan sains dan teknologi. Penggunaan teknologi multimedia yang canggih untuk menyediakan perkhidmatan teknologi yang baik kepada media adalah termasuk perkhidmatan teknologi telekomunikasi, perkhidmatan keputusan sukan dan maklumat, perkhidmatan teknologi video dan audio dalam pelbagai stadium serta pengawalan dan pengawasan frekuensi wayarles dan sebagainya.

Secara umumnya dari sudut pandangan penganjur, adalah bagus penggunaan teknologi kerana ia dapat memenuhi matlamat dan objektif yang ingin dicapai. Dengan mengikuti tatacara dan skop pengurusan, ia akan membantu pihak penganjur dalam menjalankan tugas mereka dengan lebih berkesan. 

No comments:

Post a Comment