Thursday, 29 January 2015

SISTEM PERTANDINGAN – KALAH MATI

SISTEM PERTANDINGAN KALAH MATI
OBJEKTIF
-       Mengenal pasti sistem pertandingan kalah mati
-       Merancang pertandingan mengikut prosedur pengendalian
-       Menyediakan kertas kerja pengelolaan pertandingan kalah mati
-       Melakukan penilaian dan meyediakan pelaporan pertandingan

PENGENALAN
Sesuatu pertandingan diwujudkan untuk mencari pemenang atau juara dalam sesuatu jenis sukan disamping untuk memberi keseronokan. Pertandingan juga diwujudkan khas untuk mencari, menilai dan memilih pemain yang berpotensi serta berkemahiran dalam permainan tersebut. Sesuatu pertandingan boleh dijalankan dengan menggunakan beberapa sistem pertandingan yang berbeza. Antaranya ialah system liga, kalah mati dan cabar-mencabar. Namun begitu, beberapa aspek lain perlu diambil kira sebelum menentukan sistem pertandingan yang harus digunakan dalam sesuatu kejohanan. Antaranya :-
·         Masa yang diperuntukan
·         Alatan dan kemudahan yang ada
·         Kewangan
·         Bilangan penyertaan, undang-undang dan peraturan
·         Penentuan pemenang yang sah
·         Agihan perlawanan yang adil
·         Jenis pertandingan
DEFINISI
Pertandingan cara ini paling mudah dan ringkas dikelolakan. Pemenang akan terus bertanding manakala yang kalah akan tersingkir. Sistem ini sangat sesuai dalam mengelolakan pertandingan yang terdapat banyak penyertaan tetapi kekurangan masa, sumber kewangan, tempat, kemudahan, peralatan dan sumber manusia. Sistem ini bukan cara yang terbaik untuk mengukur keupayaan sesuatu pasukan atau peserta.

KELEBIHAN
·         Boleh dijalankan dalam masa yang singkat
·         Cepat memilih pemenang
·         Boleh dijalankan dengan peralatan yang terhad
·         Seronok untuk ditonton
·         Penyertaan ramai

KELEMAHAN
·         Pasukan yang menjadi johan, boleh jadi bukan yang benar-benar terbaik
·         Separuh daripada pasukan akan terkeluar selepas pusingan pertama
·         Kemungkinan ada di antara pemain dari pasukan yang kalah, langsung tiada peluang bermain

SISTEM KALAH MATI DENGAN “BYE”
Jumlah pasukan atau penyertaan tidak mencukupi atau melebihi asas lapan. “BYE” bermaksud kumpulan atau peserta perlu menunggu tanpa memasuki pusingan pertama. Pasukan tersebut boleh terus bertanding dalam pusingan kedua dan seterusnya.



SISTEM KALAH MATI TANPA “BYE”
Jumlah pasukan atau peserta berasaskan lapan atau lebih. Contohnya 8, 16, 24, 32 dan seterusnya.

LANGKAH PENGELOLAAN PERTANDINGAN ADALAH SEPERTI BERIKUT :
a.    Bilangan peserta menunggu (bye)
Cara mengira bilangan pasukan atau peserta menunggu (bye). Bilangan menunggu (bye) dalam system pertandingan ini boleh dikira dengan menggunakan angka ganda atau iaitu angka 2, 4, 8, 16, 32 dan seterusnya.
Formula system kalah mati :-
Cara mengira jumlah perlawanan :
= N – 1
Cara mengira bilangan bye :
= kuasa dua (2ⁿ) – N , n = 1, 2, 3, 4,5…
Cara mengira jumlah perlawanan dalam pusingan pertama :
= N – bye
       2

·         N merujuk kepada jumlah peserta yang bertanding


Perbandingan bilangan penyertaan pasukan dengan penggunaan angka kuasa 2 untuk mendapat bye. Angka kuasa 2 mesti melebihi jumlah pasukan yang mengambil bahagian.


Angka Pangkat 2 (2ⁿ)
Jumlah pasukan yang mengambil bahagian (N)
Jumlah pasukan menunggu atau bye
2
-
3
1
4
-
5
3
6
2
7
1
8
-
2
9
7
2
10
6
2
11
5
2
12
4
2
13
3
2
14
2
2
15
1

Peserta menunggu adalah dari kalangan johan, naib johan, tempat ketiga, dan keempat dalam pertandingan sebelumnya.

b.    Penempatan pasukan pilihan atau seeded.
v  Peserta pilihan ditempatkan simetrikal
v  Jika terdapat dua peserta menunggu, maka peserta menunggu pertama diletakkan di bahagian atas dan peserta kedua akan diletakkan di bahagian bawah.
v  Jika terdapat empat peserta, peserta menunggu pertama dan keempat berada di dalam kumpulan atas manakala peserta menunggu kedua dan ketiga akan berada di dalam kumpulan bawah.
v  Sekiranya peserta menunggu itu dalam angka ganjil, maka penanti seterusnya akan diletakkan di kumpulan bawah.











CARTA PERLAWANAN UNTUK 12 PASUKAN


·         Pertandingan kalah mati sekali bagi 12 pasukan dengan 4 bye

KESIMPULAN
Sistem kalah mati boleh diaplikasikan dalam hampir semua permainan terutamanya pertandingan skuasy, ping pong, badminton dan tenis. Dalam sistem ini juga, tidak akan wujud pengakhiran keputusan seri dan setiap permainan mesti berkeputusan seorang petanding menang dan satu lagi kalah.

No comments:

Post a Comment