Thursday 29 January 2015

SISTEM TENAGA

3.    SISTEM TENAGA

a.    Pengenalan sistem tenaga
Setiap pergerakan fizikal memerlukan tenaga. Tenaga boleh diperolehi melalui makanan. Penghasilan tenaga yang berterusan berlaku dalam badan kita untuk menampung kehidupan.

Tenaga didefinisikan sebagai kapasiti melakukan kerja. Tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan tetapi bertukar bentuk. Tenaga boleh terdapat dalam enam bentuk iaitu kimia, mekanikal, haba, cahaya, elektrik dan nuklear.

Tenaga yang dihasilkan semasa pemecahan makanan diguna untuk menghasilkan kompaun kimia yang dikenali sebagai adenosina trifosfat (ATP) yang disimpan dalam sel-sel otot.
      


Apabila salah satu ikatan fosfat pada ATP terurai, 7 hingga 12 kilokalori tenaga dihasilkan. Tenaga yang dihasilkan semasa pemecahan ATP merupakan sumber tenaga semerta yang boleh diguna oleh sel-sel otot untuk melakukan kerja.


b.    Pembentukan Adenosina Trifosfat

Adenosina trifosfat (ATP) boleh dihasilkan melalui :
i.              Sistem anaerobik alaktik (ATP-PC)
ii.             Sistem anaerobik laktik (glikolisis anaerobic / sistem asid laktik)
iii.            Sistem aerobik (sistem oksigen)

i.             Sistem anaerobik alaktik (ATP-PC)
v  Juga dikenali sebagai sistem fosfagen.
v  Sistem ini membekalkan tenaga untuk aktiviti intensiti tinggi yang dilaksanakan sehingga 10 saat.
v  Fosfokreatin (PC) disimpan dalam sel-sel otot. Tenaga dihasilkan apabila fosfat terurai dan pada sebatian fosfat kreatin.
v  Hasil akhir pemecahan ini ialah Kreatin (C) dan fosfat bukan organik (Pi).
v  Tenaga yang terhasil daripada pemecahan PC di sintesis semula bagi menghasilkan ATP.


ii.           Sistem anaerobik laktik (Anaerobik glikolisis)
v  Sistem ini membekalkan tenaga hasil daripada pemecahan glukosa yang diperolehi daripada karbohidrat yang tercerna atau glikogen yang tersimpan dalam otot atau hepar.
v  Sistem ini tidak memerlukan oksigen untuk memecahkan glukosa.
v  Sistem ini juga menghasilkan asid laktik yang boleh melesukan otot apabila kandungannya dalam darah terlalu banyak.

                                         Sistem anaerobik laktik


v  ATP yang dihasilkan melalui sistem ini melebihi jumlah
v  ATP yang diperolehi dari sistem anaerobik alaktik (ATPPC).
v  ATP daripada sistem ini cukup untuk menjana aktiviti fizikal berintensiti tinggi selama 1-3 minit.

iii.          Sistem aerobik (oksigen)

v  Sistem ini memerlukan kehadiran oksigen untuk menghasilkan tenaga.
v  Penghasilan ATP melibatkan 3 proses:
(A) Glikolisis
(B) Kitaran Krebs
(C) Sistem pengangkutan elektron
v  Sistem ini menghasilkan paling banyak ATP. Ini membolehkan aktiviti fizikal dalam jangka masa yang panjang tetapi berintensiti rendah dan sederhana. 

Sistem aerobik
                            
Jadual : Ciri-ciri  tiga sistem penghasilan ATP



No comments:

Post a Comment