Friday, 30 January 2015

TENIS

1.   TENIS
a.    Pengenalan
Memulakan permainan
Permulaan permainan ditentukan secara undian , iaitu bagi menentukan permain mana yang akan memulakan permainan. Setelah penentuan dibuat, dan para pegawai permainan sudah bersedia, maka permainan boleh dimulakan.
Permulaan servis akan berdiri di belakang garisan belakang, iaitu di tempat membuat servis yang disediakan disebelah kanan gelanggangnya. Pemain lawan akan berada dibahagian kanan gekanggangnya.
Pembuat servis (A) hendaklah membuat servis dengan memukul bola ke kawasan servis lawan. Jika bola pertama terkeluar daripada kawasan servis lawan ini, pembuat sevis masih berpeluang membuat servis itu dengan servis kedua. Jika bola daripada servis kedua ini juga terkeluar, maka mata diberikan kepada pemain lawan (B). Setelah servis bersih dibuat, maka kedua-dua pemain akan berusaha mematikan ke kawasan lawannya.
Selepas membuat servis pertama di sebelah kanan gelanggang pemain berkenaan akan membuat sevis di sebelah kiri gelanggang pula untuk mata kedua. Selepas itu kedua-dua pemain akan melakukan servis secara bergilir-gilir sehingga salah seorang daripada mereka mencapai kemenangan.

 Dalam permainan dan Tamat permainan
Bola dikira dalam permainan selagi pengadil belum membuat keputusan bola itu mati. Dalam hal begini, pemain tidak dibenarkan meninggalkan gelanggang kecuali atas persetujuan pengadil. Bagi permainan beregu, mana-mana pemain boleh memukul bola kecuali semasa membuat servis kerana pembuat servis yang berhak sahaja dibenarkan. Pengadil utama yang mengawasi permainan akan memberikan isyarat jika permainan ditamatkan.
Permainan ditamatkan setelah pemenang ditentukan. Bahagian lelaki pertandingan yang diiktirafkan ialah dalam tiga set terbaik dan bagi wanita ia dimainkan dalam dua set terbaik. Apabila permainan tamat, kedua-dua pemain bersalaman sesama sendiri dan dengan pengadil

b.   Sejarah Dan Perkembangan
Tenis merupakan salah satu pemainan menggunakan raket yang disukai oleh sebahagian besar penduduk dunia. Ia dikenali sebagai Jeu de Paume di Perancis, Real Tennis di Britain dan Royal Tennis di Australia. Ia merupakan sukan raket yang tertua berbanding sukan squash dan beberapa sukan raket yang lain. Berdasarkan beberapa catatan sejarah, permainan menggunakan bola dan raket telah dimainkan sejak sebelum masihi lagi. Ketika itu, ia dimainkan di Mesir dan Yunani. Roger Morgan’s pula di dalam bukunya yang bertajuk “Tennis, The Development of The European Ball Game”, menyatakan bahawa permainan tenis ini dimainkan di jalan raya pada Zaman Pertengahan.
Tetapi pada abad ke-11, permainan yang seakan-akan tenis telah dimainkan pada pertama kalinya di salah sebuah kawasan di Perancis. Bola yang digunakan dibalut dengan benang berbulu dan pemukulnya hanya menggunakan tangan. Pada ketika itu, tenis dimainkan oleh para rahib di Perancis dan Itali. Permainan ini berkembang apabila rahib-rahib tersebut mengembara dari satu biara ke biara yang lain, yang seterusnya mewujudkan banyak peraturan. Keseronokan bermain tenis ini menyebabkan para rahib tidak mengendahkan larangan Pope. Pada abad ke-14, ia telah berkembang dari kawasan gereja sehingga ke istana dan turut menjadi permainan bagi golongan bangsawan.
 Permainan ini kemudian diperkenalkan ke Itali dan Inggerispada abad ke-13 dan ia telah mendapat sambutan hangat dalam waktu yang singkat dan terus berkembang ke negara-negara Eropah yang lain. Walaupun pada mulanya permainan tenis hanya menggunakan tangan, tetapi lama-kelamaan ada pemain yang menggunakan sarung tangan (glove), dan kemudiannya memintal tali di tangan. Seterusnya, ia mengalami perkembangan apabila mereka menggunakan rangka yang dipintal dengan tali dan berpemegang. Ia merupakan raket bertali yang mula diperkenalkan sekitar abad ke-15 oleh Antonio da Scalo, seorang profesor berbangsa Itali. Beliau menamakan permainan ini sebagai 'tenispadang' (lawn tennis). Manakala, di dalam buku Book of Games And Sports, yang diterbitkan dalam tahun 1801 pula, ia disebut sebagai ‘tenis panjang’.
Bola tenis pula diperbuat daripada gabus yang dibalut dengan kain yang diikat secara ketat, tetapi ia hanya boleh bertahan selama 2 minggu. Bola tenis seterusnya mengalami revolusi apabila ia diperbuat menggunakan bulu biri-biri. Bola tersebut lebih ringan berbanding sebelumnya. Manakala, gelanggang tenis yang pertama telah dibina di Hampton Court pada tahun 1625 dan ia telah memperlihatkan motif sebenar permainan. Gelanggang tersebut masih lagi digunakan sehingga sekarang untuk pertandingan.
Pada ketika itu juga, iaitu sekitar abad ke-16 dan abad ke-17, golongan bangsawan di England dan Perancis mula memainkannya. Di England, Henry VII amat menyukai sukan ini dan pewarisnya sendiri memiliki gelanggang asal di Hampton Court Palace. Pada ketika itu juga di Paris, sebanyak 1800 gelanggang telah dibina. Adapendapat mengatakan bahawa gelanggang tenis telah di bina di atas kapal 2000 tan di Perancis. Manakala, gelanggang yang dibina diVersailles, Perancis pada tahun 1686, pula berharga 45,403 franc. Tetapi pada sekitar tahun 1700, tenis mula disisihkan di Perancis. Sungguhpun begitu, terdapat juga gelanggang yang dibina seperti di Bath pada tahun 1777 tetapi ia hanya digunakan selama 37 tahun sahaja, dan kini bangunan itu telah dikenali sebagai Bath Industrial Heritage Centre. Pada pertengahan abad ke 19, kebangkitan semula tenis mula dirasai. Ketika itu, gelanggang tenis yang pertama di Amerika Syarikat dan Australia telah dibina pada tahun 1876 dan 1882. Tetapi, perang dunia pertama telah memberikan impak yang negatif terhadap permainan tenis ini.
Kelab tenis pertama iaitu Leamington telah didirikan diPerancis oleh J.B. Perera, Harry Gem, Dr. Frederick Haynes, dan Dr. Arthur Tompkins pada tahun 1872. Pada masa itu, tenis dikenali sebagai pelota atau lawn rackets. Dalam tahun 1874, permainan tenis pertama kali dimainkan di Amerika Syarikat oleh Dr. James Dwight dan F.R. Sears. Sementara itu, All England Croquet Club pula telah didirikan pada tahun 1868. Pada tahun 1970, barulah pejabatnya dibuka di Jalan Worple, Wimbledon. Pada tahun 1875, kelab ini bersedia memberikan dana untuk permainan tenis dan badminton. Peraturan permainan tenispadang juga ditulis. Amerika Syarikat pula mendirikan kelab tenis yang pertama di Staten Island. Keadaan ini menyebabkan perkembangan yang pesat dalam sukan tenis dan berjaya melahirkan ramai pemain tenis yang hebat di peringkat dunia. Kejuaraan tenis yang pertama telah bermula pada tahun 1877. Ketika itu, seramai 21 orang pemain telah mengambil bahagian. Dalam kejuaraan tersebut. Spencer William Gore telah menjadi pemenangnya. Kini, kejuaraan tenis tersebut dikenali sebagai Kejuaraan Wimbledon. Sukan tenis ini juga telah melahirkan ramai bintang tenis yang hebat dan terkenal, seperti Jimmy Connors, John Mc Enro, Ile Natashe, Bjorn Borg, Boris Becker, Mats Wilander, Stefie Graff, Monica Seles, Martina Hingis, Pete Sampras,  Andre Agassi. Kini, tenis telah menjadi satu permainan yang berbentuk komersil yang menawarkan hadiah yang lumayan.

c.    Perkembangan Tenis Di Malaysia
Di Malaysia, permainan tenis telah mula diperkenalkan pada abad ke 20. Persatuan Tenis Malaysia (LTAM) telah ditubuhkan pada tahun 1921, dan pertandingan pertama yang dijalankan ialah pertandingan merebut Piala Chua dan diikuti pertandingan merebut Piala Guillemard untuk kategori lelaki dan Piala McCabe Peay untuk kategori wanita. Hari ini, tenis semakin popular di Malaysia. Permainan ini bukan lagi asing kepada rakyat Malaysia. Malaysia hari ini telah menjadi tuan rumah kejohanan tenis bertaraf dunia seperti Davis Cup, jelajah ATP (Malaysia Open 250), WTA dan kejohanan-kejohanan lain. Malaysia juga telah melahirkan jaguh tenis yang pernah bertanding diperingkat antarabangsa seperti Adam Malik, Selvam dan S.Selvarajoo. Selari dengan perkembangan sukan tenis hari ini banyak kejohanan besar yang dianjurkan di seluruh dunia seperti Kejohanan Terbuka Australia, Terbuka Perancis, Terbuka Wimbledon, dan Terbuka Amerika Syarikat yang dikenali dengan kejohanan “Grand Slam” menawarkan hadiah wang tunai dalam jumlah yang besar. Kejohanan utama dunia atau Grand Slam ini dimainkan dalam tiga jenis gelanggang iaitu Hard Court, Grass Court dan Clay Court. Di samping itu, terdapat juga siri jelajah ATP dan WTA yang disertai oleh pemain-pemain dari seluruh dunia. Piala Davis pula ialah kejohanan berpasukan antara negara-negara yang setaraf Piala Dunia dalam sukan bola sepak. Kesemua kejohanan ini telah menarik berjuta peminat dan penonton serta penaja yang membuktikan bahawa sukan ini adalah antara sukan yang paling menarik di dunia.
Kejohanan utama dunia atau Grand Slam ini dimainkan dalam tiga jenis gelanggang
iaitu Hard Court, Grass Court dan Clay Court. Di samping itu, terdapat juga siri jelajah ATP dan WTA yang disertai oleh pemain-pemain dari seluruh dunia. Piala Davis pula ialah kejohanan berpasukan antara negara-negara yang setaraf Piala Dunia dalam sukan bola sepak

d.    Kemahiran Permainan
i.              Pukulan hadapan / forehand

ii.             Pukulan kilas / backhand
Menggunakan sebelah tangan
              
Mengunakan dua tangan
               
iii.            Servis

iv.           Lob

v.            Smesh

e.    Peraturan / Undang-Undang

Permainan tenis boleh dimainkan secara perseorangan atau beregu. Acara beregu pula dijalankan samada beregu lelaki, beregu wanita atau beregu campuran. Untuk memulakan permainan, pemain melakukan servis dari garisan belakang dan memukul bola arah menyilang ke gelanggang servis pihak lawan. Pemain yang membuat servis mempunyai dua percubaan, sekiranya servis pertama tersangkut dijaring atau keluar, pemain boleh membuat servis sekali lagi. Sekiranya bola terkena jaring dan masuk ke dalam gelanggang servis pihak lawan, servis tersebut perlu diulang semula. Mata/”point” dikira sekiranya pihak lawan gagal untuk mengembalikan bola atau bola mati digelanggang lawan. Keadaan sebaliknya berlaku jika bola mati digelanggang pemain yang membuat servis, pihak lawan akan mendapat “point”.
Undang-undang di bawah merupakan asas kepada permainan tenis.
i.              Servis adalah batal sekiranya;
Ø  Memijak garisan belakang semasa melakukan servis.
Ø  Apabila gagal memukul bola semasa percubaan melakukan servis.
Ø  Apabila bola terkena objek kekal di dalam gelanggang kecuali jaring atau “centre strap” sebelum masuk ke gelanggang servis.
ii.             Apabila ‘let’ dilaungkan, servis mesti dilakukan semula. Jenis-jenis ‘let’;
Ø  Apabila bola mengenai jaring atau “centre strap” dan memasuki kawasan servis.
Ø  Penerima servis belum bersedia.
Ø  Terdapat gangguan semasa permainan sedang berlangsung.
iii.            Pertukaran gelanggang/ ‘Ends’ dilakukan pada setiap “game” kiraan ganjil seperti game pertama, ketiga, kelima dan seterusnya.
iv.           Pembuat servis akan mendapat mata sekiranya;
Ø  Bola yang diservis terkena pemain lawan atau apa-apa yang dipegang atau dipakai sebelum menyentuh gelanggang.
Ø  Penerima servis gagal membalas hantaran servis.
v.            Pemain kehilangan mata apabila;
Ø  Bola melantun lebih daripada sekali di bahagian gelanggangnya.
Ø  Bola yang dipukul terkena objek kekal diluar kawasan permainan (kecuali jaring, tiang jaring, ‘single stick’, kabel jaring).
Ø  Raket atau pemain menyentuh jaring semasa permainan berlangsung.
Ø  Bola terkena pemain.
vi.           Kiraan mata bagi satu game;
Pertama – 15, kedua – 30, ketiga – 40, keempat – “game”. Jika kedua-dua pemain terikat pada kedudukan 40 – 40 (sama) dipanggil “deuce”, mata berikut dipanggil “advantage”. Jika pemain tersebut terus mendapat mata, maka ia dikira “game”.
vii.          Kiraan set
Ø  Seseorang pemain itu mestilah mendapat enam “game”.
Ø  Pada kedudukan 5 – 5 (sama) pemain mestilah mendapatkan perbezaan dua “game” iaitu menjadi 7 – 5.
Ø  Jika kedudukan 6 – 6 (sama) pemain terpaksa bermain “tie-break”.8 Kiraan “tiebreak”.
Ø  Pemain mestilah mendapat 7 mata.
Ø  Pada kedudukan 5 – 5 (sama) pemain mestilah mendapatkan perbezaan dua mata agar kedudukan menjadi 7 – 5
viii.         Jumlah set
Ø  Jumlah set maksimum bagi lelaki ialah 5 set.
Ø  Jumlah set maksimum bagi perempuan ialah 3 set

GELANGGANG TENIS

Permainan tenis biasanya dimainkan di atas gelanggang rumput, permukaan keras, sintetik atau tanah liat, samada di luar atau di dalam dewan. Walaupun terdapat pelbagai jenis permukaan gelanggang ukuran dimensinya adalah standard. Selain dari ukurannya, kita juga perlu mengatahui bahagian-bahagian gelanggang tenis ini supaya kita lebih mudah untuk menguasai teknik-teknik permainannya nanti.

No comments:

Post a Comment